Friday, October 22, 2010

RHB - Paypal

Announcing the exclusive collaboration between RHB and PayPal, the world's No. 1 online payment service. Together RHB and PayPal are about to change the way you transact online.



Monday, September 27, 2010

Al kisah...tersebutlah kisah...... (Part 1)

Emm....
Awal kata.yang buruk tu dari aku..yang baik tu semua daripada Nya......

Dalam ber eBay ni,mcm2 ragam pelanggan dari luar negara
yang kita boleh tengok,kita layan dan kita jadikan sebagai pengalaman.tapi dalam masa yang sama,kita juga boleh melihat ragam2 orang dari Malaysia ni juga terutamanya di facebook,blog dan sebagainya.Susah untuk di definisikan.Bermacam2,sehingakan ada dikalangan mereka yang bertindak secara membabi buta tanpa kawalan,tanpa had dan pedoman.

So... dijadikan cerita,kisah berlaku lebih kurang 2 hari yang lepas,aku telah menulis satu ayat yang memberikan impak yag besar dalam hidup aku hari ini.Walaupun bukan dengan kata2,tetapi penulisan juga dapat membuktikan yang ia lebih tajam daripad
a pisau sehinga ia boleh menebusi tulang sum-sum anda...hehe...
Anda boleh membaca secara keseluruhan p
ost2 saya di facebook dengan click di sini>>>

Saturday, September 25, 2010

PELIK TETAPI BENAR

Salam...

kalau tak kerana berlakunya satu peristiwa yang tak masuk akal hari ni,aku rasa blog ni akan terbengkalai lebih lama lagi.
Tapi ....peristiwa menarik yang akhirnya memberikan jawapan kepada aku selama ni akhirnya telah ditunjukkan oleh Nya...

akhirnya,kata2 yang ditujukan kepada seseorang telah merungkai segala persoalan yang ada.Tapi yang peliknya orang tersebut tak tahu menahu mengenai hal ini tetapi pihak2 yang berkenaan yang mungkin terasa bahang tersebut telah bertindak di luar jangkaan aku.

nantikan cerita seterusnya.....

PEIK TETAPI BENAR......haha...

Wednesday, August 25, 2010

Perniagaan online."Kenapa saya sentiasa menghadai masaalah"


Salam...
Hari ini saya ingin menceritakan perkara2 yang sering berlaku di dalm dunia perniagaan internet. Saya sering dilontarkan dengan bermacam-macam soalan daripada peniaga2 baru yang menjalankan pernigaan secara online.Di antaranya ialah:

"kenapa saya berniaga online asyik tak menjadi2 ni ?"
"kenapa account ebay saya kena block ?" "kenapa paypal saya kena limit tanpa sebab?"
"kenapa vcc saya semuanya kena freeze tanpa sebab?"

"mcmana nak jual barang ni padahal ramai org yang jual.boleh jual ke?"

"kenapa.............?"
"macamana.............?"

"boleh ke..............?"


Seperti biasa,saya akan jawab soalan tu dengan soalan juga sebelum memberikan jawapannya.

"Adakah awak betul2 faham dan tau apa yang awak buat selama ni?"
"Berapa lama awak dah ceburi bidang online marketing?"

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Berpuasa



Salam...
Kepada semua rakan2 ebay,saudara mara dan sahabat handai yang beragama Islam,tidak terlewat rasanya jika saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa.Semoga di bulan Ramadhan yang mulia ini kita dapat memperbanyakkan Amalan dan Ibadah di dalam menjalankan kewajiban berpuasa.

Kepada rakan2 ebay pula,jangan asyik mengejar duniawi sahaja,banyakkanlah beribadah dan beramal.Di samping itu juga buatlah ebay serajin-rajinnya kerana Hari Raya Aidilfitri akan menjelang tidak lama lagi.

Pulun Habisssss.....haha...

Wassalam....

Tuesday, August 10, 2010

Salah satu account PayPal aku kena limit...boring betul!!!

Semalam............apa yang berlaku adalah.....


Yes...
salah satu account paypal aku yang baru beroperasi selama 3 minggu telah di limitkan penggunaannya.Baru aku ingat nak "withdraw" nak bayar bill elektrik,bila bukak je tau2 dah kena limit.

Saturday, July 10, 2010

Custom Made Car Dashboard Mats Hot Item!!!

Dashboard Mats Toyota VIOS (dengan Swarovski Crystal)

Hellooo......
Hari ni sy ingin menunjukkan satu produk terbaru dari saya,iaitu Custom Dashboard Mats (Alas Dashboard Kereta ).

Apa kelebihan Dashboard Mats ni berbanding dengan yang lain-lain??
Ok..Dashboard ini merupakan "Custom Made Dashboard Mats",di mana pelanggan boleh memilih warna dan design yang mereka mahukan mengikut jenis kereta yang mereka gunakan.Maksudnya,kami membuat Dashboard ini bergantung kepada permintaan pelanggan.CMDOD( Custom Made Depends On Demand )Dashboard Mats ini diperbuat daripada PVC berkualiti tinggi di mana di dalamnya di letakkan dengan sponge yang tipis supaya ia kelihatan menarik dan juga di jahit dengan kemahiran dan kualiti yang tinggi.ada juga sesetengah pelanggan yang menempah barangan ini daipada kulit,PVC yang bercorak seperti LV,Gucci dan lain2 ,mengikut selera masing-masing.tapi harga lebih mahal lah ye.hehe.....Dashboard Mats ini juga diserta kan dengan 2 jenis pilihan,sama ada pelanggan mahu meletakkan sulaman digital di atas mats ini ataupun tidak.sila rujuk gambar di bawah.Untuk harga Dashboard Mats ini pula,saya meletakkan harga seperti berikut dan penghantaran poslaju adalah percuma ke seluruh Semenanjung Malaysia:

Wednesday, June 30, 2010

Baby Walker Untuk Haikal ( Part 2 )

Haikal yang sangat teruja dengan walker barunya..

Nak di jadikan cerita....malam kelmarin aku telah berjumpa dengan sorang otai jualan barangan2 baby dari sebuah blog TWINEVOSTORE iaitu brother "EDI" untuk membeli sebuah Aeroplane Baby Walker yang di jual di store beliau untuk anak lelaki aku Haikal yang sudah mula mengedik - gedik kan diriya untuk berjalan (padahal belum kuat pun.baru je belajar meniarap).Oleh kerana wife aku mcm terlalu excited dan mendesak2,aku pun ikutkanlah.Sayang keluarga lah katakan....apa nak buat.hehe...

Tuesday, June 29, 2010

Baby Walker Untuk Haikal ( Part 1 )

Sebenarnya aku nak tulis pasal baby walker yang aku baru belli semalam untuk anak aku si Haikal.tapi kusut pulak kepala.aduhai..banyak pulak benda nak buat hari ni.
Xpa kejap lagi sambung lah,aku nak g pekena nasi ayam penyek dulu baru sambung cerita.
sapa2 nak ikut,sms aku sekarang,aku belanja.
hehe...

Sunday, June 27, 2010

Bladefingers eBayer Group Johor Bahru

Salam semua..

Masuk bulan ini,sudah hampir 3 bulan personal group ebay aku telah beroperasi.
Di dalam project ini,aku telah mengambil seramai 10 orang yang betul2 berminat untuk menjalankan perniagaan internet secara serius dan memberi mereka latihan secara personal mengenai perniagaan internet.
Boleh dikatakan group ini adalah merupakan personal "elite' group yang cuba aku bentuk dan sekarang telah mula menunjukkan satu progress yang amat baik.

Wednesday, June 23, 2010

Free Terapeak research Tools For eBay



Salam....


Ramai yang bertanya kepada saya
"Bro,dah xda lagi ke free Terapeak untuk eBay??"

Jawannya adalah masih ada lagi free Terapeak.
Tetapi masa percubaannya adalah lebih singkat dari dahulu.Jika dulu kita boleh menggunak Terapeak trial dalammasa 30 hari, kini pihak Terapeak telah memendekkan lagi masa percubaan kepada 14 hari.Kepada peniaga2 baru,cara ini lebih berkesan kerana mereka tidak perlu mengeluarkan belanja di mana haraga terendah untuk mereka menggunakan perisian ini adalah USD 10 -25 sebulan.

Tuesday, June 22, 2010

Personal Coaching

Salam semua...

Minggu lepas saya telah mengadakan Session pertama eBay personal coaching bersama 2 beradik iaitu Arief dan adiknya Rozaidi.Minggu ini pula saya akan adakan follow up after sale dan mengajar beberapa teknik2 internet marketing untuk menigkatkan sale dan sebagainya.
Tahniah sy ucapkan kepada kedua2 berdik ini kerana berani mencuba dan meneroka perniagaan internet dengan secara lebih mendalam lagi.Sy harap anda berdua akan lebih berusaha dan seterusnya lebih berjaya daripada saya di masa akan datang dan saya akan memberikan follow up support jika berlaku sebarang masaalah di masa anda menjalankan perniagaan internet ini.

Monday, June 14, 2010

Kehidupan aku sebagai pemuzik berakhir disini...

"Kehidupan aku sebagai pemuzik berakhir disini...Meneruskan Perjuangan sebagai seorang Internet Marketer sepenuh masa"

Pilihan yang sangat tepat dan menguntungkan.Pendapatan harian melebihi daripada jangkaan dan sentiasa bertambah dari hari ke hari melebihi dari pendapatan aku sebagai Jurutera sebelum ini.

Tuesday, June 8, 2010

Jawapan yang mengecewakan....

Memang bukan jawapan yang aku nak dengar.sangat2 mengecewakan....emm...

Aku bukan memaksa tapi ambil berat.Aku bertanya sebab rasa tanggungjawab sebagai pengajar,tapi kalau mcm tulah cara kau menjawab,aku rasa cara kau tu salah.memang salah.

Aku tak paksa pun selama ni,tapi aku mengajar sebab aku rasa nak berkongsi ilmu.Aku tak mintak pun bayaran apa2 walaupun satu sen pun.Kalau kau rasa kau sibuk,ada masaalah,aku tak faham kerja kau,masa kau,macamana pulak dengan aku??Masa aku,masa kawan2 lain??

Sunday, June 6, 2010

eBay June 06,2010

Salam...

Malam tadi telah selamat satu sesi class ebay yg telah dibuat di rumah aku dan berjalan lebih kurang 4 jam.terima kasih kepada semua yang hadir di harap apa yg telah aku dedahkan dan kemukakan pada malam tadi dapat membantu anda semua didalam meningkatkan sale pada bulan ini dan seterusnya.Terima ksih.....

Baiklah....
Oleh kerana ramai yg bertanya...
"betul ke untung kalau buat eBay,buat affiliate n main2 e-commerce nih bro"??

So.. dengan ini aku letaklah testimonial dan statement pendapatan daripada salah satu account PayPal aku bulan ini sebagai bukti.ini adalah PayPal account aku yang baru beroperasi selama 3 bulan(untuk ebay US,Australia dan UK shj).Tujuannya bukanlah untuk menunjuk2 tetapi untuk menyatakan bahawa aku berkerja dan bukan cuma melepak di rumah sambil Makan Tidur Muzik sahaja
emm... bolehlah untuk aku sara anak bini,beli pampers dan susu anak... :) :)

So... untuk explanation bagi bab ini,ebay,ecommerce,affiliate dan yg seangkatan dengannya ini bukanlah sepertimana sesetengah pihak yg menganggap benda ni adalah salah satu daripada HYIP Program,MLM,online investment seperti (EA Index,Swisscash dll) yang berisiko tinggi dan boleh menyebabkan kerugian dan penipuan.Ia sebenarnya adalah satu bentuk perniagaan internet dimana kita berniaga secara "maya" dan bukan secara fizikal.bagamanapun,untuk melaksanakan perniagaan internet seperti bukanlah sesuatu yang mudah tetapi memerlukan pengkajian (research) yang tinggi dan kreatif dalam mencari market sesuatu product.
Walau apa pun..ingat Allah dan banyakkan amalan....

Ok..ntuk soalan yang lain pula..ada yg bertanya..
"Bro..berapa account PayPal Kau ada dan berapa yang beroperasi"??

dan jawapan yang akan aku berikan adalah...
"Emmm.....RAHSIA.......Huhu....."









Saturday, May 22, 2010

"Konfessi Seorang Lelaki" - Southern Souls


"Konfessi Seorang Lelaki" merupakan "single" ke dua daripada kumpulan "Southern Souls" telah mula keudara di Hot Fm Radio setiap hari Sabtu jam 9 malam.Di harap anda dpat memberikan sokongan untuk mengundi/vote lagu kami yang terbaru ini.


Digital Press Kits
Quantcast

Konfessi Seorang Lelaki

Aku selalu inginkan
Malam yang panjang bersama mu
Mengenagkan aku Kembali
Dosa2 masa yang lalu....

Aku selalu dambakan
Keheningan malam bersama mu
Mengingatkan aku di sini
Kau selalu ada di sisi ku....

C/O
Ku mohon....Terima pengakuan ini
yang tulus dari hati kecil ku
Yang mendambakan keredhaan mu
Hanyalah engkau yg ku rindu
Bertakhta di hati

(Bridge)
Oh kasih....kau tunjukkan jalan terbaik untuk ku
Yang harus ku tuju....
Oh kasih....kau tunjukkan jalan terbaik untuk ku
Yang harus ku tempuh....

(Aku ingin bersama mu)




Friday, May 21, 2010

BackTrack & VMware - The best Solution

“ ARTIKELYANG DIBERIKAN ADALAH UNTUK TUJUAN INFORMASI SAHAJA DAN TIADA KENA MENGENA UNTUK TUJUAN LAIN.SILA GUNAKAN UNTUK DI CUBA KEPADA PERALATAN ANDA SENDIRI SAHAJA.PENGGUNAAN TERHADAP PERALATAN WIFI YANG BUKAN KEPUNYAAN ANDA ADALAH SALAH DI SISI UNDANG2 “

Ok geng.....

hari ni aku nak update lagi satu cara untuk menyesuaikan BackTrack di dalam windows (bermaksud menggunakan BackTrack di dalam windows) tanpa perlu boot perisian BackTrack.
Cara ni jug adalah cara yg paling sesuai untuk "perform" atau menggunakan BackTrack dengn lebih efisien lagi dan merupakan "solution" terbaik bagi segla permasaalahan yang dihadapai oleh sesetengah orang ketika menggunakan BackTrack.....



ok...aku malas nak cerita panjang.so aku letk dekt sini video dari YouTube dengn cara dan "step-by-step" yang pling sesuai untuk menggunakn VMware di dalam windows untuk menggunakan BackTrack 3 dan juga BackTrack 4.tapi sebelum berlajar car ni,korang mestilah faham ap tu ISO files,mcmana cara nak buat ISO file.Kalau malas,bolehlh download ISO file untuk BackTrack ni dekat website dia k.Kalau x fham jugak,sila refer pada post sebelum ini.

****Kepada sesiapa yang tak tau dkt mana nak dpatkan VMware nih..bolehlah follow link dibawah untuk mendapatkan software ni secara percuma di www.warez-bb.org forum ****




Run BackTrck 4 Beta in Windows with VMwre Workstation





How to run backtrack 3 on windows using VMware Workstation





****Credit to "toyolmanfx" untuk kajian beliau dan sugesstion terbik untuk menggunkan VMware

Wednesday, May 19, 2010

Makan Tidur Muzik + eBay


Emmm dah makan bulan aku tak tulis apa2 dalam blog nih.kesian blog aku nih sunyi je.... Kenapa boleh ada perkataan "eBay" kat belakang tu eh?? so jawapannya,

"ye aku memang seorang eBayer".

so aku mengakulah ye.asyik orang tanya2 je aku dah malas dah nak cakap.


"Ye aku ada beberapa store di eBay (multiple account).aku jugak ada website e-comerce sendiri yg dirahsiakan namanya.yg xda kena mengena dengan ebay jugak.ye aku ada bayar n pasang iklan kat facebook dgn google adwords untuk promote store2 aku.Ye income aku bulan2 dalan matawang US Dollar,Australia Dollar dan juga Pound Sterling".Apa lagi nak tanya,tanya lah.aku dah malas nak sembunyi2 lagi dah.so xpayah la korang nak korek2 rahsia lagi"

Ok.... kepada yg x abis2 nak sekolahkan aku ,mcm xda kerja lain nak buat...

"Dahlah....cukup.....xpayah nak sekolah2 kan aku,brainwash aku lagi suruh aku cari kerja.tu lah ...ini lah...x da masa depan lah.Cukup!!!!.Gaji aku buat eBay lagi besar dari gaji korang yg kerja Engineer n mana2 kerja "coler putih" yg lain.mintak maaf,aku bukan nak tegakkan apa2,tapi aku dah x sanggup dah lagi dengar korang ceramah n pandang rendah pada aku.Walaupun dulu aku berlajar engineering,tapi tak bermaksud aku mesti jadi seorang Engineer.Tu cara aku berfikir".


Mintak maaf semua..tujuan aku malas nak cerita,diamkan diri,layankan korang sebenarnya bukan aku sengaja.Korang pun tau kan,mula2 masa aku baru2 buat ebay tahun lepas ada lah nak cerita n kongsi dengan member2.
tau kan apa yg jadi,ramai orang ketawa bila aku cakap pasal "online business".Ramai yg gelakkan aku.Banyak yg kaitkan dengan MLM,online "scam investment".Padahal korang hari2 guna internet,bayar line internet hari2,guna facebook,google,ebay,yahoo dan lain2.tapi korang x perasan orang yg sedia kan semua tu dah jadi "billionaire" dah.Korang apa buat,cuma bayar bulan2 keluar duit je kan??.
Mungkin aku takkan jadi jutawan pun,tapi kalau aku dapat tumpang beberapa % perniagaan internet walaupun 0.1 percent untuk mencelah dalam dunia tu untuk berniaga pun dah cukup dah untuk sara anak bini aku.

So aku lupakan terus untuk bercerita,apa lagi mengajar orang.tapi so far,adalah beberapa anak murid yg sekarang ni yg sempat aku ajar dan semakin menyerlah dan kini hampir2 merempit bersama aku di dunia eBay.So..sekarang ni aku dah mula mempunyai "group"yg bejuang bersama,termasuklah seorang kawan lama yg dapat menerima ilmu ini dan sekarang ni masih lagi bekerja di salah satu "Bank" yang terkemuka di Johor nih.Thanks kerana percaya pada aku dan tak gelak bila aku cerita bab2 online business nih.(***gaji dia part time eBay 2-3 jam pun 1-2K jugak sebulan beb.ingat apa.kerja kat bank dia cool je mcm xtau apa2)

So... nantilah kalau ada masa aku akan upload dan tunjukkan skali pendapatan dan payment statement customer pada aku.kepada group eBay aku di luar sana yg hati kering tu,harap korang rajin2lah research n datang rumah berlajar lagi sampai ke tahap lebih baik dan dapat merempit bersaing dengan aku.Dengan korang aku xkan lokek ilmu..100% aku akan bagi semua sebab korang memang best dan percaya pada cerita "karut aku nih".

Thanks geng!!!


P/S : Lepas ni aku akan post mcmana nak guna backtrack dalam "WINDOWS" tanpa perlu boot.
ni pun ada member yg ajar. "toyolmanfx" nama nick dia kat internet.skill yg nimemang syok abis...hehe...



Sunday, January 31, 2010

WEP Cracking Using BackTrack 3 (part 2)

Cara2 Membuat Boot Backtrack 3 Daripada USB Pendrive/Memory Card


“Dengan membuat “portable BackTrack OS” ini,kerja2 untuk boot loading dan access kepada BackTrack 3 akan menjadi lebih pantas dan mudah dan perbezaan menggunaan CD adalah sangat2 berbeza”


1. Convert Backtrack 3 CD kepada ISO files menggunakan “ virtual drive software”.

Di sini saya menggunakan Alcohol 120% virtual drive software untuk menukar atau “convert” Backtrack CD kepada ISO files.





****KEPADA SESIAPA YANG RASA SUSAH ATAU MALAS UNTUK “PERFORM” CONVERT BACKTRACK CD KEPADA ISO FILES, SILA LAH DOWNLOAD BACKTRACK ISO FILE DI SINI:


http://www.backtrack-linux.org/downloads/


2.Pergi ke link berikut: http://unetbootin.sourceforge.net


Download FailUNetootinSoftware untuk Windows dan ikut arahan seperti yang di tunjukkan di dalam website tersebut untuk memasukkan BackTrack 3 ke dalam USB Pendrive ataupun ke dalam MicroSD Memory Card.





Selepas siap,sila “Reboot windows” dan boot daripada device yang digunakan sebagai portable BackTrack tersebut.

Kebiasaan bagi Laptop/Notebook, untuk pilihan “boot selection”,sila tekan F12 untuk memilih samaada untuk boot daripada USB Drive atau Memody Card. Dan tekan ENTER.

Kemudian Backtrack 3 akan mula di “Load” dan anda boleh memulak tugas seterusnya.