Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Salam Aidilfitri...

bulan ramadhan bulan yang mulia,
di sambut dengan hati yang gembira,
kini syawal telah menjelma,
tangan ku hulurkan maaf dipinta…

Kepada keluarga,Sahabat handai dan kenalan2 yang mengenali diri saya,ampun dan maaf saya pinta sempena Syawal ini.Di harap dapat memaafkan segala kesilapan,kesalahan dari segi perbuatan atau kata2 yang sengaja atau tanpa disedari selama ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,diharap dapat memaafkan saya zahir dan batin.
Semoga anda semua berhari raya dengan gembira bersama keluarga dengan suasana dan hati yang gembira tahun ini.... :)


Sunday, August 28, 2011

Mode GPRS 30 kbps - 40 kbps

Salam Ramadhan & Aidilfitri...

Tahun ini aku pulang awal ke kampung dan dalam keadaan mode GPRS 30 kbps - 40 kbps adalah sangat sukar untuk membuat kerja dan berinteraksi secara online.Tapi bagaimanapun pun kerja adalah tetap kerja dan perlu diselesaikan.
Bekerja secara online tidak mempunyai cuti melainkan dengan ditentukan oleh diri sendiri dan segala2nya hendaklah membuat persediaan dan di "set" kan dari awal supaya perniagaan akan tetap berjalan lancar seperti hari2 biasa walaupun menjelang Hari Raya.

Di harap selepas Hari Raya Aidilfitri ini dapat mempertingkatkan lagi mutu kerja dan usaha kerana kami sekeluarga akan menyambut orang baru dalam bulan December nanti.
Di harap sgala2nya akan berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Insyaallah...