Tuesday, December 30, 2014

Aku Kaki Pancing Tegar

 Aku Kaki Pancing Tegar

30 Disember 2013.....
baru nak update blog yg dah lama terbengkalai...
sebab??
sebab kewujudan facebook dan selalu lepak kat sana dan ada kedai kat facebook.
wassup lagi selalu nak kena reply soalan2 customer
Lagi satu sebab selalu update blog group mancing.
hari ni kita cerita pasal pancing (hobi aku).Selain memancing,memburu dan memikat burung.
Music???...oooo sori dah lama tinggal eh.kadang2 je main gitar sorang2 layan kepala.hehe.... :)

Malas nak cerita banyak
Jom layan album mancing aku baru kita sambung cerita nanti.....

 Yg ni Layaran tri paku ke Rompin

Yg ni pulak todak masa aku bilas2 jigging lepas main layaran



 Ikan Tenggiri semasa trip aku bersama Ctam Boatman Desaru
Speed boat Ctam ni laju betul..kadang-kadang seram aku bila dia speeding tahap dewa

 Ikan Merah Pulau Aur (posing ikan member)

 Haruan Tasik Pulau Aur (Tekong Adi)


 Ikan Ketumbang Pulau Aur.Dengar cerita sangat rare ikan ni.susah dapat




 Siakap Nam Heng (Air Puteh)



Mangrove Jack Pulau Aur


Kerapu


 Aku,Azizi dengan Tekong bot Tuna Biru Pulau Aur (Tekong Sa'ari)

 Casting Ikan Haruan bersama rakan2 di Tenggaroh
Dari kiri Alfio San.Jr, Naza (Puteh),Aku dan Mr. Adat (organizer)


  Ni lah antara gambar-gambar trip memancing yg dapat aku tunjuk.Kalau nak upload semua memang tak kuasa lah.Untuk trip tahun hadapan kitaorang dah susun dah semua trip bermula dari bulan 3 (selepas musim monsoon) sampai lah hujung tahun.
  Trip-trip utama utk tahun hadapan bermula bulan Mac tahun ke pulau Tenggol (Terengganu),Sedili,Pulau Tioman,Pulau Pemanggil dan seterusnya mengikut jadual yg telah di buat.

Next time kita sambung lagi...nak rest dulu penat badan baru balik dari melaka ikut member masuk hutan berburu pelanduk.
Kbye....


Saturday, September 24, 2011

PayPal,August 2011 ( Versi soalan sinis)

Salam saya ucapkan kepada rakan2 semua...
Rasanya masih ada lagi rakan2 yang dalam kedaan "mode"raya lagi pada waktu ini.

Bercerita tentang peristiwa minggu in saya ada mendapat satu soalan "cepu emas" dari beberapa rakan2 terdekat.Mereka agak mengambil berat tentang saya dan bertanya mengenai business eBay yang telah saya jalankan selama lebih kurang 3 tahun ini.

Ada dia antaranya yang begitu mengambil berat dan memberikan beberapa idea2 yang saya rasa begitu sesuai di ketengahkan untuk di cuba dan di praktikkan.Ada juga yang sekadar bertanya dan ada jugak sesetengah yang bertanya dengan nada sinis dengan nada yang begitu "kurang enak" untuk didengari.

"Bro,mcmana business ebay kau.senyap je lama xda cerita.dah linkup ke pe?"

Lebih kurang mcm tu lah bunyinya.
sangat2 mencuck gegendang telinga bila di dengar...

jadi,untuk mengelakkan fitnah dan syakwasangka,terpaksalah saya "update" blog ini dan meletakkan snapshot2 statement salah satu account paypal saya untuk bulan Ogos 2011 walaupun kedaan diri yang telah di landa "virus malas" dan selepas Rari Raya Aidilfitri tahun ini.
Minggu ini juga sy telah dilanda demam selsema,batuk dan sakit gigi yang agak kritikal dan terpaksa berulang-alik ke klinik.

Di harap bulan hadapan dan seterusnya merupakan hari sihat dan kuat bagi saya untuk bekerja lebih gigh lagi.




P/S : selagi eBay tak bankrup dan tak di tutup,selagi tulah aku masih berniaga.dah 3 tahun beb sara anak bini mcm ni,takkan nak tanya lagi.apa la lu bro pandang orang sebelah mata.lepas ni aku letak statement account e-commerce aku pulak lah...








Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Salam Aidilfitri...

bulan ramadhan bulan yang mulia,
di sambut dengan hati yang gembira,
kini syawal telah menjelma,
tangan ku hulurkan maaf dipinta…

Kepada keluarga,Sahabat handai dan kenalan2 yang mengenali diri saya,ampun dan maaf saya pinta sempena Syawal ini.Di harap dapat memaafkan segala kesilapan,kesalahan dari segi perbuatan atau kata2 yang sengaja atau tanpa disedari selama ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,diharap dapat memaafkan saya zahir dan batin.
Semoga anda semua berhari raya dengan gembira bersama keluarga dengan suasana dan hati yang gembira tahun ini.... :)


Sunday, August 28, 2011

Mode GPRS 30 kbps - 40 kbps

Salam Ramadhan & Aidilfitri...

Tahun ini aku pulang awal ke kampung dan dalam keadaan mode GPRS 30 kbps - 40 kbps adalah sangat sukar untuk membuat kerja dan berinteraksi secara online.Tapi bagaimanapun pun kerja adalah tetap kerja dan perlu diselesaikan.
Bekerja secara online tidak mempunyai cuti melainkan dengan ditentukan oleh diri sendiri dan segala2nya hendaklah membuat persediaan dan di "set" kan dari awal supaya perniagaan akan tetap berjalan lancar seperti hari2 biasa walaupun menjelang Hari Raya.

Di harap selepas Hari Raya Aidilfitri ini dapat mempertingkatkan lagi mutu kerja dan usaha kerana kami sekeluarga akan menyambut orang baru dalam bulan December nanti.
Di harap sgala2nya akan berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Insyaallah...

Friday, June 10, 2011

Paypal Statement,May 2011


So...ini lah statement salah satu account PayPal aku bulan ni.
Dan aku masih tak faham kenapa masih ada orang yang ketawa dan tersenyum menyindir selepas aku jawab soalan yang diorang sendiri tanya.

"Ye betul aku bekerje sepenuh masa berniaga di internet terutama sekali di eBay"

siap ada yg bilas2 aku sekolahkan aku suruh aku mintak kerja kerajaan.sebabnya :

1. senang nak buat loan
2. sebab ada pencen
3. Terjamin (aku masih x faham apa maksud sebenar ayat ni)

AKU BETUL-BETUL TAK FAHAMLAH APA MASAALAH DIORANG NI......ADUHAI......