Tuesday, July 21, 2009

Upload Lagu

ok hari ni aku selesai meng-upload lagu tersebut di myspace.
untuk mendengar lagu tersebut sila ke website myspace southern souls :
http://www.myspace.com/southsoulz

dan jangan lupa untuk mengundi (vote) setiap hari di hot fm prelude:
http://www.hotfm.com.my/hotfm_prelude.asp

terima kasih...

Monday, July 20, 2009

Cinta Jadi Gila di Hot Fm Prelude...

Lega..........
akirnya lagu Southern Souls"cinta jadi gila" Telah di-list kan di dalam segmen Hot FM Prelude dan ke udara setiap malam dari pukul 11 hingga 12 malam.
Tapi yang masalahnya aku masih tak tau kalau lagu tersebut diterima oleh semua lapisan masyarakat atau tidak.entahlah aku pun tak tau sama ada ada orang yang akan vote atau tidak untuk lagu tersebut.

So nak di jadikan cerita,sesiapa yang berminat terhadap lagu tersebut bolehlah mengundi di segmen prelude Hot fm di alamat :
http://www.hotfm.com.my/hotfm_prelude.asp
peringatan!!!anda hendahlah memilih lagu Cinta jadi Gila - Southern Souls dan bukan lagu lain.hehe
jadi harap memilih dengan betul..

Dan satu lagi.Lagu tersebut juga akan mula di uploadkan di Myspace kami dan anda bolehlah mendengarnya sehingga anda muntah@ dan juga memberikan comment okey..
dan anda boleh mendengar lagu tersebut di :
http://www.myspace.com/southsoulz

Anda boleh melihat review2 terbaru kami di dalam facebook juga.Jangan lupa...

Sunday, July 19, 2009

Terperanjat Lipas....

Hari ni aku telah mendengar Hot FM radio dengan secara tidak disengajakan,tiba2 lagu band aku keluar untuk slot prelude.wahh mcm terperanjat lipas jugak,lagu yang band aku main selama nih nak jugak diorang mainkan.

Apa lagi,cepat2 aku online ingat nak vote untuk slot prelude tersebut.tapi nampaknya hari ni hampa... lagu tersebut belum lagi di-listed-kan dalam list prelude untuk hari ini.Jadi aku membuat keputusan untuk "return" lagi hari esok untuk memastikan bahawa lagu tersebut ada di dalam carta prelude Hot FM.

So kenalah tunggu untuk hari sok nampaknya.
Hari ini sangat mengecewakan tapi esok aku tetap akn meng uploadkannya di dalam Myspace.......

Thursday, July 16, 2009

Fikiran yang runsing

em..fikiran yang merunsingkan..
itu sahajalah nampaknya...

Saturday, July 11, 2009

Sabtu.11 July,Hot FM prelude.Vote for "Cinta Jadi Gila"

Macam biasalah...
Hai....

okey,hari ni ada berita penting dari segala yang penting okey.
Hari ni sabtu 10 July 2009,pukul 11pm - 12pm mesti nak kena dengar Hot FM.

Kenapa????

okey itu persoalannya kan?...

sebab lagu Southern Souls "Cinta Jadi Gila" akan ke udara di Hot Fm Prelude di Hot FM Radio bersama DJ Ikhwan pada malam ini.
so sila lah ke website Hot FM :
http://www.hotfm.com.my/hotfm_prelude.asp
untuk vote lagu dari Southern Souls "Cinta Jadi Gila"

Mungkin saya juga akan mula meng-uploadkan lagu tersebut di website Myspace Southern Souls http://www.myspace.com/southsoulz
selepas sehari dua lagu tersebut keudara di Hot Fm Radio

So... diharap anda semua dapat menyokong band ini dengan mengundi lagu tersebut
" Cinta Jadi Gila "di Hot FM prelude pada malam ini di webside rasmi Hot FM : http://www.hotfm.com.my/hotfm_prelude.asp okey...



HOT FM
Official Website

Sunday, July 5, 2009

Cinta Jadi Gila

Okey semuanya dah set.Sudah mendapat lampu hijau dan dah confirm..

Isnin ni hantar material Southern Souls dengan tema "Cinta Jadi Gila" ke KL untuk di publish.tak taulah macamana boleh "boom" atau tak.kalau menjadi memang rezeki lah nampaknya.kalau x menjadi,duduk rumah rilex2 sambil memancing arr jawabnya.haha

So hari ni aku nak tunjuk sikit gambar yang dah aku ambil tadi so boleh lah tengok2 cover dia.walaupun biasa2 je,tapi single album ni sangat bermakna sebab kali ni merupakan kali kedua Southern Souls berjuang untuk single yang terbaru nih.

so..ini adalah front cover.....

dan ini pulak adalah hiasan dalamannya okey.

Ala simple2 jelah.nak publish single buat apa nak rabak2.janji material berkualiti,orang boleh dengar sudahlah.tapi rasa2nya memang boleh dengar punyalah.muzik agak catchy,dengan senikata yang mudah di ingat dan menarik,melodi yang boleh diterima semua lapisan umur dan mendatangkan sedikit kontroversi ringan.mungkin....

Kalau ikutkan hati aku,memang nak je publish lagu tu terus dekat Southern Souls myspace.tapi adalah orang kuat-orang kuat yang aku tak boleh nak langgar dan mesti dihormati.so tengoklah macamana,dalam masa terdekat nih aku akan follow up diorang tengok macamana,boleh ke aku meng-up-loadkan lagu "Cinta Jadi Gila" ni di alam cyber nih.gambar2 pun kena sekat juga.ntahlah.hehe

em.. apa lagi eh nak cerita....

oh yeah,group dkt facebook pun dah buat.so silalah jenguk2 ye dekat facebook tuh.kalu boleh,join lah group dan biasalah haruslah support kami dengan rela hati.

So last words,supportlah Southern Souls,supportlah local muzik kita okey.

chiaoooo.....

notes : last time kita opening untuk show "Bloodshed" pun kena cross dgn concert band2 dari indon.so next time faham2 jelah ye....T.Q

Saturday, July 4, 2009

"Southern Souls" the single release

I just receive a message from my friend that southern souls single album are complete and ready to go.So my mission is to go to KL next Monday and publish it to radio's and who is related to music scene in KL.I will write about the album and publish the cover tomorrow.......

http://www.myspace.com/southsoulz

Thursday, July 2, 2009

Nasib Si Ular Sawa

Nak tidur pun tak boleh.tengok tv pun rasa bosan jek.nak tulis dkt blog pun mcm nak tak nak juga.

Ntahlah nak buat apa pun tak tau.Kalau ada member2 call boleh jugak pergi minum teh.Ni gara2 satu family pergi singapura la ni tinggal aku jaga Naqib (anak saudara) dkt rumah.Tapi satu har ni bagus pulak si Naqib nih xda buat hal,xlah kecoh sangat macam selalu buat aku sakit kepala nak layan.kadang2 sampai buat aku naik darah jek melainkan ada "wonder pets" dgn "si sponge bob" yang mampu membuat beliau duduk diam tanpa buat kecoh.

Nak di jadikan cerita,tadi masa aku tengah bosan tahap gaban,si Ipen jiran rumah aku datang tergesa2 dan mengelibas dengan memakai tuala mandi membuatkan aku memandang beliau dengan sinis.

"lu ni dah kenapa bro" tanya aku....

"cepat lincah2.ada masalah nih" kata dia

"apahal pulak kau ni dengan tuala mengelibas dalam kampung nih"...

"lincah bro,masalah nih.wa tau lu mesti suka benda nih.lu sorang je yang berani tangkap"

"tangkap apa siak... lu bebual apa nih"..biasalah ni mestilah dialog aku.

"ular sawa bro,ular sawa dkt depan tu besar bro.lincah la.xda orang berani tankap nih"

Aku pun dengan apa lagi...

Dengan gaya ala2 macam Rambo x pakai baju,terus go..... dengan ipen.Percaya atau tidak,punyalah ada budak2 macho dkt tmpt tu,boleh xda sorang pun yang bertindak.cuma sekadar tengok sambil menyuluh dengan menggunakan lampu kereta.Oh shit man.....

aku tanya dia."mana bro?"

"tu ha!!" kata si ipen

Mak ai...besar la ular sawa batik ala2 peha sey.tak terfikir la pulak nak ambil gambar time tu.tempat pulak tu dekat sebelah rumah jiran aku ada la dalam 50 meter dari rumah.yang tinggal pun separuh badan.lagi separuh dah masuh dkt celah2 pokok bunga dan kayu2 kalau tak silap sebab keadaan agak gelap dan samar-samar.

Aku apa lagi,mcm biasa dengan selamba katak tarik ekor ular tu mcm tak ada apa2 yang berlaku...

Tapi yang hairan nih,budak2 yang tengok mcm tak tau nak buat apa2,mcm panic pun ada sambil mengelitik2.kelakar jugak aku tgk.tapi ular tu memang aku tabik arr,melawan x nak mengalah.aku tarik dia,dia tarik aku balik.taknak kena tangkap la tu.

Last2 takda yang tolong,ular tu terlepas dari tangan aku sebab dia melawan.so tak dapatlah aku mengambil gambar dengan tangkapan yang unik dan jarang2 ada nih.nampaknya aku dah tewas bukan sekali,tapi dua kali sebelum ni dalam projek menangkap ular sawa sebesar peha.sebelum ni lagi basar,3 orang tarik termasuk aku,adik aku Izwan dengan sorang brader ni yang agak berani mati.

Nampaknya nasib kau baik hari ni la si ular sawa.................

Wednesday, July 1, 2009

"owh,still sarcastic you"

Time nak tidur tak boleh.time taknak tidur asyik mengantuk je.entahlah dah macam satu penyakit yang lebih seksa dari H1N1.

masa boring2 nih bila mengadap laptop sambil online tiba2 terjumpa satu perkataan english dengan nama "sarcastic" yang membuatkan aku teringat peristiwa aku ber YM dengan seseorang.bila teringat,kadang2 buat aku tersenyum sendiri.

last time dalam bulan lepas kalau tak silap,masa tengah online tiba2 ada seorang ni yang disayangi dan dah bertahun tak jumpa aku,tak contact,tiba2 tegur aku melalui YM.padahal kadang2 aku tegur la jugak dkt YM tu kalau ternampak.tapi dia buat DANG jek macam aku ni tak wujud.kesiannya gua.hehe...

dia : "hai!

aku : "hai juga"

dia : "rambut dah panjang eh"

aku yang baru lepas potong rambut dah dekat seminggu terus lah menjawab jawab dengan selamba katak ....

"tak panjang juga,baru potong rambut sikit"

dia dengan nada selamba lipas pulak......

"owh,still sarcastic you"

( sarcastic = dah macam perkataan sarkis la pulak...huhu )

Aku pun dengan pening pikiran jugak dalam kepala otak nih.em....dah kenapa si makcik ni....tiba2 jek cakap bukan2.tak pernah la seumur hidup aku ada orang complaint yang bukan2 pasal diri aku.yang ada pun dulu anak buah masa aku buat kerja engineering kata kadang2 aku ni garang jugak.hehe.dengan tak berapa pasti,aku pun search la maksud ayat tu manalah tau ada double meaning ke.atau maksud yang agak2 berbahaya.bahasa inggeris lah katakan.bukan aku pandai sangat pun macam si dia tu.mentang2 lah dia pandai english,asyik nak guna bombastic words jek.hehe..

Bila fikir2 balik,barulah aku perasan gambar yang aku letak dekat ym tu gambar masa belum potong rambut.patutlah makcik nih bilas-bilas aku semacam jek.padahal dah bertahunn tak jumpa aku.pastu adalah berbual2 2-3 potong ayat yang pelik.

aku pun dengan mcm tak ada apa2 berlaku cakap:

"xda apa pun.cakap betul jek.tak marah pun"

dan perbualan kami terhenti setakat ni je...........

walaupun aku sempat tanya keadaan dia sekarang macamana dan dia tak menjawab.

aku pun tak tau apa motif kejadian ni berlaku.

Kadang2 aku pun pelik.memang manusia memang macam ni kot ada perangai yang aneh2.tapi aku ni memang jenis yang tak kisah sangat.orang nak cakap apa pun aku biasa buat tak kisah sangat.mungkin orang tak kenal aku ni macaman.biasa apa yang aku perhatikan,banyak orang menilai manusia ni dari luaran je.ahh biar jelah.nak marah pun susah melainkan adik aku yang last ni si boboy kadang2 menggunakan tricknya buat2 tidur,demam,bangun lamabat untuk ponteng taknak pergi sekolah.macam aku nak libas je dengan tendangan maut guna dua2 kaki ni.

Otte,berbalik pada cerita tadi aku pun tak taulah nak cakap macamana lagi.mentang2 lah aku ni dah jadi anak yatim dah takda bapak.hehe.selalu bila aku cakap betul orang tak percaya.kalau nak bohong memang bukan cara aku la.budak2 kecik boleh la main tipu2.kalau menipu pulak esok lusa mesti kantoi punya.hehe

Dulu dan sekarang......

ada ke macam sama?

memangla aku orang yang sama.x payah la nak buat kelakar pulak.

tapi bila tengok masa rambut panjang tu mcm lagi ala2 j-rock gitu.aku pun tengah macam nak bela rambut panjang balik nih walaupun rasa rimas.kalau nak buat rambut dread lock macam adik aku yang kononnya ala2 reggea tu lagi lah x kuasa.

tapi apa-apa pun,akau lapar nih.mcm ter amat kebulur sehh.nak makan dulu......

da da....

notes : rambut panjang kena sindir2.pendek pun ken sindir2.kalau botak mungkin orang sayang kot.huhu.....