Saturday, February 26, 2011

eBay dan iOffer

Salam...
Sejak kebelakangan ini ramai yang bertanya mengenai platform jualan iOffer kepada saya.Bermacam2 soalan yang ditanyakan dan ini kerana sejak akhir2 ini saya kerap menyebut tentang salah satu platform jualan selain eBay iaitu iOffer di dalam laman facebook saya.

Memang betul,iOffer merupakan salah satu platform alternatif bagi saya selain dari eBay,e-commerce dan hasil jualan dari forum2 tempatan untuk menjana pendapatan di internet.
Tetapi apa yang ingin saya tekankan disini adalah anda tidak perlu memilih atau bergantung hanya satu platform sahaja kerana di dunia internet,peluang untuk menjana pendapatan adaah sangat luas.Di facebook sahaja jika kita menggunakan kaedah pemasaran yangsesuai dan efektif akan dapat menjana pendapatan yang agak lumayan.

Di sini saya ingin nyatakan bahawa platform eBay masih lagi releven dan ia adalah merupakan platform yang paling digemari pembeli seluruh dunia untuk membeli belah secara online dan jika anda mengambil keputusan untuk berhenti menjual di ebay,ia adalah merupakan satu kesilapan yang besar walaupun sejak akhir2 ini kita dapati eBay telah memperketatkan lagi polisi2 dan undang2 yang ada terutamanya kepada penjual (seller).
Sepatutnya apa yang berlaku ini adalah merupakan satu kelebihan kepada ramai seller di luar sana kerana undang2 yang telah diperketatkan dapat meningkatkan lagi kualiti jualan dan mengurangkan segala risiko2 yang ada di eBay.

Walau apa yang berlaku,saya tetap mengatakan bahawa ebaya adalah ,erupakan platform terbaik untuk menjana pendapatan secara online.

Pendapatan kasar selama 4 hari di ebay 22.02.2011

Wednesday, February 23, 2011

Paypal Statement 23.02.2011

PayPal statement 23 Febuari 2011 untuk account baru
(merupakan satu experiment jualan di UK untuk product terbaru)