Tuesday, December 30, 2014

Aku Kaki Pancing Tegar

 Aku Kaki Pancing Tegar

30 Disember 2013.....
baru nak update blog yg dah lama terbengkalai...
sebab??
sebab kewujudan facebook dan selalu lepak kat sana dan ada kedai kat facebook.
wassup lagi selalu nak kena reply soalan2 customer
Lagi satu sebab selalu update blog group mancing.
hari ni kita cerita pasal pancing (hobi aku).Selain memancing,memburu dan memikat burung.
Music???...oooo sori dah lama tinggal eh.kadang2 je main gitar sorang2 layan kepala.hehe.... :)

Malas nak cerita banyak
Jom layan album mancing aku baru kita sambung cerita nanti.....

 Yg ni Layaran tri paku ke Rompin

Yg ni pulak todak masa aku bilas2 jigging lepas main layaran



 Ikan Tenggiri semasa trip aku bersama Ctam Boatman Desaru
Speed boat Ctam ni laju betul..kadang-kadang seram aku bila dia speeding tahap dewa

 Ikan Merah Pulau Aur (posing ikan member)

 Haruan Tasik Pulau Aur (Tekong Adi)


 Ikan Ketumbang Pulau Aur.Dengar cerita sangat rare ikan ni.susah dapat




 Siakap Nam Heng (Air Puteh)



Mangrove Jack Pulau Aur


Kerapu


 Aku,Azizi dengan Tekong bot Tuna Biru Pulau Aur (Tekong Sa'ari)

 Casting Ikan Haruan bersama rakan2 di Tenggaroh
Dari kiri Alfio San.Jr, Naza (Puteh),Aku dan Mr. Adat (organizer)


  Ni lah antara gambar-gambar trip memancing yg dapat aku tunjuk.Kalau nak upload semua memang tak kuasa lah.Untuk trip tahun hadapan kitaorang dah susun dah semua trip bermula dari bulan 3 (selepas musim monsoon) sampai lah hujung tahun.
  Trip-trip utama utk tahun hadapan bermula bulan Mac tahun ke pulau Tenggol (Terengganu),Sedili,Pulau Tioman,Pulau Pemanggil dan seterusnya mengikut jadual yg telah di buat.

Next time kita sambung lagi...nak rest dulu penat badan baru balik dari melaka ikut member masuk hutan berburu pelanduk.
Kbye....


Saturday, September 24, 2011

PayPal,August 2011 ( Versi soalan sinis)

Salam saya ucapkan kepada rakan2 semua...
Rasanya masih ada lagi rakan2 yang dalam kedaan "mode"raya lagi pada waktu ini.

Bercerita tentang peristiwa minggu in saya ada mendapat satu soalan "cepu emas" dari beberapa rakan2 terdekat.Mereka agak mengambil berat tentang saya dan bertanya mengenai business eBay yang telah saya jalankan selama lebih kurang 3 tahun ini.

Ada dia antaranya yang begitu mengambil berat dan memberikan beberapa idea2 yang saya rasa begitu sesuai di ketengahkan untuk di cuba dan di praktikkan.Ada juga yang sekadar bertanya dan ada jugak sesetengah yang bertanya dengan nada sinis dengan nada yang begitu "kurang enak" untuk didengari.

"Bro,mcmana business ebay kau.senyap je lama xda cerita.dah linkup ke pe?"

Lebih kurang mcm tu lah bunyinya.
sangat2 mencuck gegendang telinga bila di dengar...

jadi,untuk mengelakkan fitnah dan syakwasangka,terpaksalah saya "update" blog ini dan meletakkan snapshot2 statement salah satu account paypal saya untuk bulan Ogos 2011 walaupun kedaan diri yang telah di landa "virus malas" dan selepas Rari Raya Aidilfitri tahun ini.
Minggu ini juga sy telah dilanda demam selsema,batuk dan sakit gigi yang agak kritikal dan terpaksa berulang-alik ke klinik.

Di harap bulan hadapan dan seterusnya merupakan hari sihat dan kuat bagi saya untuk bekerja lebih gigh lagi.




P/S : selagi eBay tak bankrup dan tak di tutup,selagi tulah aku masih berniaga.dah 3 tahun beb sara anak bini mcm ni,takkan nak tanya lagi.apa la lu bro pandang orang sebelah mata.lepas ni aku letak statement account e-commerce aku pulak lah...








Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Salam Aidilfitri...

bulan ramadhan bulan yang mulia,
di sambut dengan hati yang gembira,
kini syawal telah menjelma,
tangan ku hulurkan maaf dipinta…

Kepada keluarga,Sahabat handai dan kenalan2 yang mengenali diri saya,ampun dan maaf saya pinta sempena Syawal ini.Di harap dapat memaafkan segala kesilapan,kesalahan dari segi perbuatan atau kata2 yang sengaja atau tanpa disedari selama ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,diharap dapat memaafkan saya zahir dan batin.
Semoga anda semua berhari raya dengan gembira bersama keluarga dengan suasana dan hati yang gembira tahun ini.... :)


Sunday, August 28, 2011

Mode GPRS 30 kbps - 40 kbps

Salam Ramadhan & Aidilfitri...

Tahun ini aku pulang awal ke kampung dan dalam keadaan mode GPRS 30 kbps - 40 kbps adalah sangat sukar untuk membuat kerja dan berinteraksi secara online.Tapi bagaimanapun pun kerja adalah tetap kerja dan perlu diselesaikan.
Bekerja secara online tidak mempunyai cuti melainkan dengan ditentukan oleh diri sendiri dan segala2nya hendaklah membuat persediaan dan di "set" kan dari awal supaya perniagaan akan tetap berjalan lancar seperti hari2 biasa walaupun menjelang Hari Raya.

Di harap selepas Hari Raya Aidilfitri ini dapat mempertingkatkan lagi mutu kerja dan usaha kerana kami sekeluarga akan menyambut orang baru dalam bulan December nanti.
Di harap sgala2nya akan berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Insyaallah...

Friday, June 10, 2011

Paypal Statement,May 2011


So...ini lah statement salah satu account PayPal aku bulan ni.
Dan aku masih tak faham kenapa masih ada orang yang ketawa dan tersenyum menyindir selepas aku jawab soalan yang diorang sendiri tanya.

"Ye betul aku bekerje sepenuh masa berniaga di internet terutama sekali di eBay"

siap ada yg bilas2 aku sekolahkan aku suruh aku mintak kerja kerajaan.sebabnya :

1. senang nak buat loan
2. sebab ada pencen
3. Terjamin (aku masih x faham apa maksud sebenar ayat ni)

AKU BETUL-BETUL TAK FAHAMLAH APA MASAALAH DIORANG NI......ADUHAI......








Saturday, April 23, 2011

eBay,PayPal & Vcc Malaysia untuk di jual

Salam semua....

Untuk project terbaru saya kali ni ada menjual/menukar hak milik account eBay dan PayPal yang telah siap verify dan telah sedia untuk di gunakan.Walau puan ada segelintir pihak yang memandang perkara in adalah mustahil (kerana kebanyakan vcc tidak boleh digunakan),tetapi saya telah menggunakan VCC sejak dari dulu lagi dan saya telah berniaga di internet lebih kurang 2 tahun tanpa masaalah.VCC adalah bermaksud Virtual Credit Card.


Dengan Harga RM90,anda akan mendapat :
1 eBay account (siap verified)

1 account PayPal (siap Verified + RM10 debit dalam account)

(complete details siap dengan email dan verification questions telah di siapkan dalam bentuk MS Excel dan akan di hantar kepada pembeli melalui email)


Harga untuk VCC pula (region Malaysia) :

eBay VCC (minima 5 VCC )=USD 30 utk 5 VCC

PayPal VCC (minima 2 VCC ) = USD20 utk 2 VCC (expuse number akan di berikan dalam masa 24 jam.tidak perlu 3 hari untuk expuse number)
(untuk VCC pembayaran hendaklah dibuat menggunakan PayPal)


Ada yang berpendapat VCC sudah tidak boleh di gunakan di dalam Malaysia.Tapi aku masih gunakan sampai hari ni dan tidak menghadapi sebarang masalah.Ini kerana VCC yg aku gunakan adalah menggunak region Malaysia dan pemotongan di dalam PayPal account adalah dalam jumlah Ringgit Malaysia sendiri(RM10)

Ada juga pihak-pihak yang mengeluarkan kata-katan yang kurang menyenagkan dan menyangka perkara ini adalah tidak releven lagi.Tapi saya telah berjaya menjual berpuluh-puluh akaun selama ini tanpa masaalah.Ini adalah merupakan satu solusi (solution) dan kita hendaklah berfikiran positif dan ini juga merupakan cara saya untuk membantu eBayer-eBayer di luar sana yang menghadapi kesukaran menyediakan akaun-akaun baru.

Untuk petanyaan lanjut dan pembelian boleh menghubungi saya melalui YM



Saturday, March 19, 2011

Kenapa tidak custom domain .com bro?

Salam..

Dah jarang2 kebelakangan ini untuk update blog.Agak sibuk sejak akhir2 ini dengan projek kopi nenas yang akan dilancarkan tidak lama lagi.Nak kena upload esok final design,layout dan "die-cut" untuk product tersebut.

Tapi lupakan lah dulu pasal hal tu.Ini pun baru balik dari majlis pertunangan kawan iaitu saudara Ramdhan dan pasangannya Julie. Majlis telah berlangsung dengan jayanya dan begitu meriah.Tahniah diucapkan kepada mereka.

Sebenarnya post untuk hari ini adalah berkenaan dengan domain yang penghujungnya menggunakan .com.
Ada diantara rakan-rakan yang bertanya kepada saya,
"bro asal tak guna custom domain .com je utk blog awk. Takkan tak mampu kot?"
Biasanya soalan2 tersebut saya akan jawab dengan jawapan yang ringkas.
"nantilah,malas betul nak buat.sikit hari nanti aku buat lah". (biasanya jawapan ini bertujuan supaya tiada soalan2 lain yang akan ditujukan lagi).

Saturday, February 26, 2011

eBay dan iOffer

Salam...
Sejak kebelakangan ini ramai yang bertanya mengenai platform jualan iOffer kepada saya.Bermacam2 soalan yang ditanyakan dan ini kerana sejak akhir2 ini saya kerap menyebut tentang salah satu platform jualan selain eBay iaitu iOffer di dalam laman facebook saya.

Memang betul,iOffer merupakan salah satu platform alternatif bagi saya selain dari eBay,e-commerce dan hasil jualan dari forum2 tempatan untuk menjana pendapatan di internet.
Tetapi apa yang ingin saya tekankan disini adalah anda tidak perlu memilih atau bergantung hanya satu platform sahaja kerana di dunia internet,peluang untuk menjana pendapatan adaah sangat luas.Di facebook sahaja jika kita menggunakan kaedah pemasaran yangsesuai dan efektif akan dapat menjana pendapatan yang agak lumayan.

Di sini saya ingin nyatakan bahawa platform eBay masih lagi releven dan ia adalah merupakan platform yang paling digemari pembeli seluruh dunia untuk membeli belah secara online dan jika anda mengambil keputusan untuk berhenti menjual di ebay,ia adalah merupakan satu kesilapan yang besar walaupun sejak akhir2 ini kita dapati eBay telah memperketatkan lagi polisi2 dan undang2 yang ada terutamanya kepada penjual (seller).
Sepatutnya apa yang berlaku ini adalah merupakan satu kelebihan kepada ramai seller di luar sana kerana undang2 yang telah diperketatkan dapat meningkatkan lagi kualiti jualan dan mengurangkan segala risiko2 yang ada di eBay.

Walau apa yang berlaku,saya tetap mengatakan bahawa ebaya adalah ,erupakan platform terbaik untuk menjana pendapatan secara online.

Pendapatan kasar selama 4 hari di ebay 22.02.2011

Wednesday, February 23, 2011

Paypal Statement 23.02.2011

PayPal statement 23 Febuari 2011 untuk account baru
(merupakan satu experiment jualan di UK untuk product terbaru)

Saturday, January 29, 2011

Selamat Harijadi...Selamat Harijadi...


Hari ini genap umur aku mencapai 30 tahun..... :)

Selamat Harijadi...semoga panjang umur...
Ini lagu terkenal di dunia...
Dinyanyikan oleh berjuta manusia...
Sejak dahulu sampai sekarang...

Lagu memuji empunya diri...
Yang menggembirakan...
Tapi melalaikan...

Sebaiknya engkau ingat...
setahun umurmu bertambah...
Maka setahun hilang kehidupanmu...

Engkau nampak umurmu yang semakin panjang...
Tapi engkau selalu lupa...
Hidupmu yang semakin singkat..

Setahun demi setahun...
Hidupmu beransur hilang...
Namun teman-temanmu terus menyanyikan...
Semoga panjang umur...semoga panjang umur...

Ketika saatnya tiba...
Baru engkau sedar...

Nyanyian itu bukan saja untuk meraikan umurmu
yang terus bertambah...
Tapi juga meraikan kehidupanmu yang semakin
cepat...menuju kematian..

Wallohu a'lam.


** credited to JUNIED (rahsianampakjinblog)**

Friday, October 22, 2010

RHB - Paypal

Announcing the exclusive collaboration between RHB and PayPal, the world's No. 1 online payment service. Together RHB and PayPal are about to change the way you transact online.



Monday, September 27, 2010

Al kisah...tersebutlah kisah...... (Part 1)

Emm....
Awal kata.yang buruk tu dari aku..yang baik tu semua daripada Nya......

Dalam ber eBay ni,mcm2 ragam pelanggan dari luar negara
yang kita boleh tengok,kita layan dan kita jadikan sebagai pengalaman.tapi dalam masa yang sama,kita juga boleh melihat ragam2 orang dari Malaysia ni juga terutamanya di facebook,blog dan sebagainya.Susah untuk di definisikan.Bermacam2,sehingakan ada dikalangan mereka yang bertindak secara membabi buta tanpa kawalan,tanpa had dan pedoman.

So... dijadikan cerita,kisah berlaku lebih kurang 2 hari yang lepas,aku telah menulis satu ayat yang memberikan impak yag besar dalam hidup aku hari ini.Walaupun bukan dengan kata2,tetapi penulisan juga dapat membuktikan yang ia lebih tajam daripad
a pisau sehinga ia boleh menebusi tulang sum-sum anda...hehe...
Anda boleh membaca secara keseluruhan p
ost2 saya di facebook dengan click di sini>>>

Saturday, September 25, 2010

PELIK TETAPI BENAR

Salam...

kalau tak kerana berlakunya satu peristiwa yang tak masuk akal hari ni,aku rasa blog ni akan terbengkalai lebih lama lagi.
Tapi ....peristiwa menarik yang akhirnya memberikan jawapan kepada aku selama ni akhirnya telah ditunjukkan oleh Nya...

akhirnya,kata2 yang ditujukan kepada seseorang telah merungkai segala persoalan yang ada.Tapi yang peliknya orang tersebut tak tahu menahu mengenai hal ini tetapi pihak2 yang berkenaan yang mungkin terasa bahang tersebut telah bertindak di luar jangkaan aku.

nantikan cerita seterusnya.....

PEIK TETAPI BENAR......haha...

Wednesday, August 25, 2010

Perniagaan online."Kenapa saya sentiasa menghadai masaalah"


Salam...
Hari ini saya ingin menceritakan perkara2 yang sering berlaku di dalm dunia perniagaan internet. Saya sering dilontarkan dengan bermacam-macam soalan daripada peniaga2 baru yang menjalankan pernigaan secara online.Di antaranya ialah:

"kenapa saya berniaga online asyik tak menjadi2 ni ?"
"kenapa account ebay saya kena block ?" "kenapa paypal saya kena limit tanpa sebab?"
"kenapa vcc saya semuanya kena freeze tanpa sebab?"

"mcmana nak jual barang ni padahal ramai org yang jual.boleh jual ke?"

"kenapa.............?"
"macamana.............?"

"boleh ke..............?"


Seperti biasa,saya akan jawab soalan tu dengan soalan juga sebelum memberikan jawapannya.

"Adakah awak betul2 faham dan tau apa yang awak buat selama ni?"
"Berapa lama awak dah ceburi bidang online marketing?"

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Berpuasa



Salam...
Kepada semua rakan2 ebay,saudara mara dan sahabat handai yang beragama Islam,tidak terlewat rasanya jika saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa.Semoga di bulan Ramadhan yang mulia ini kita dapat memperbanyakkan Amalan dan Ibadah di dalam menjalankan kewajiban berpuasa.

Kepada rakan2 ebay pula,jangan asyik mengejar duniawi sahaja,banyakkanlah beribadah dan beramal.Di samping itu juga buatlah ebay serajin-rajinnya kerana Hari Raya Aidilfitri akan menjelang tidak lama lagi.

Pulun Habisssss.....haha...

Wassalam....

Tuesday, August 10, 2010

Salah satu account PayPal aku kena limit...boring betul!!!

Semalam............apa yang berlaku adalah.....


Yes...
salah satu account paypal aku yang baru beroperasi selama 3 minggu telah di limitkan penggunaannya.Baru aku ingat nak "withdraw" nak bayar bill elektrik,bila bukak je tau2 dah kena limit.

Saturday, July 10, 2010

Custom Made Car Dashboard Mats Hot Item!!!

Dashboard Mats Toyota VIOS (dengan Swarovski Crystal)

Hellooo......
Hari ni sy ingin menunjukkan satu produk terbaru dari saya,iaitu Custom Dashboard Mats (Alas Dashboard Kereta ).

Apa kelebihan Dashboard Mats ni berbanding dengan yang lain-lain??
Ok..Dashboard ini merupakan "Custom Made Dashboard Mats",di mana pelanggan boleh memilih warna dan design yang mereka mahukan mengikut jenis kereta yang mereka gunakan.Maksudnya,kami membuat Dashboard ini bergantung kepada permintaan pelanggan.CMDOD( Custom Made Depends On Demand )Dashboard Mats ini diperbuat daripada PVC berkualiti tinggi di mana di dalamnya di letakkan dengan sponge yang tipis supaya ia kelihatan menarik dan juga di jahit dengan kemahiran dan kualiti yang tinggi.ada juga sesetengah pelanggan yang menempah barangan ini daipada kulit,PVC yang bercorak seperti LV,Gucci dan lain2 ,mengikut selera masing-masing.tapi harga lebih mahal lah ye.hehe.....Dashboard Mats ini juga diserta kan dengan 2 jenis pilihan,sama ada pelanggan mahu meletakkan sulaman digital di atas mats ini ataupun tidak.sila rujuk gambar di bawah.Untuk harga Dashboard Mats ini pula,saya meletakkan harga seperti berikut dan penghantaran poslaju adalah percuma ke seluruh Semenanjung Malaysia:

Wednesday, June 30, 2010

Baby Walker Untuk Haikal ( Part 2 )

Haikal yang sangat teruja dengan walker barunya..

Nak di jadikan cerita....malam kelmarin aku telah berjumpa dengan sorang otai jualan barangan2 baby dari sebuah blog TWINEVOSTORE iaitu brother "EDI" untuk membeli sebuah Aeroplane Baby Walker yang di jual di store beliau untuk anak lelaki aku Haikal yang sudah mula mengedik - gedik kan diriya untuk berjalan (padahal belum kuat pun.baru je belajar meniarap).Oleh kerana wife aku mcm terlalu excited dan mendesak2,aku pun ikutkanlah.Sayang keluarga lah katakan....apa nak buat.hehe...

Tuesday, June 29, 2010

Baby Walker Untuk Haikal ( Part 1 )

Sebenarnya aku nak tulis pasal baby walker yang aku baru belli semalam untuk anak aku si Haikal.tapi kusut pulak kepala.aduhai..banyak pulak benda nak buat hari ni.
Xpa kejap lagi sambung lah,aku nak g pekena nasi ayam penyek dulu baru sambung cerita.
sapa2 nak ikut,sms aku sekarang,aku belanja.
hehe...

Sunday, June 27, 2010

Bladefingers eBayer Group Johor Bahru

Salam semua..

Masuk bulan ini,sudah hampir 3 bulan personal group ebay aku telah beroperasi.
Di dalam project ini,aku telah mengambil seramai 10 orang yang betul2 berminat untuk menjalankan perniagaan internet secara serius dan memberi mereka latihan secara personal mengenai perniagaan internet.
Boleh dikatakan group ini adalah merupakan personal "elite' group yang cuba aku bentuk dan sekarang telah mula menunjukkan satu progress yang amat baik.