Tuesday, June 8, 2010

Jawapan yang mengecewakan....

Memang bukan jawapan yang aku nak dengar.sangat2 mengecewakan....emm...

Aku bukan memaksa tapi ambil berat.Aku bertanya sebab rasa tanggungjawab sebagai pengajar,tapi kalau mcm tulah cara kau menjawab,aku rasa cara kau tu salah.memang salah.

Aku tak paksa pun selama ni,tapi aku mengajar sebab aku rasa nak berkongsi ilmu.Aku tak mintak pun bayaran apa2 walaupun satu sen pun.Kalau kau rasa kau sibuk,ada masaalah,aku tak faham kerja kau,masa kau,macamana pulak dengan aku??Masa aku,masa kawan2 lain??

Aku ni ada lebih ramai anak murid yang memerlukan ilmu samaada dengan membayar atau pun yang tidak perlu membayar.semuanya memerlukan ilmu dan cuba untk merubah hidup supaya lebih baik macam kita juga.Kalau aku kata berkumpul ada perjumpaan bermaksud adalah perkara baru yang aku akan ajar dan berlajar bersama2 secara serentak.aku pun ada kerja sendiri,perlukan masa juga untuk buat kerja dan mengajar dan bukan kau sorang.Tak dapat datang tak kisah.....tapi tak perlu pentingkan diri sendiri dalam jawapan yang kau bagi tu.

Fikirkan kalau 10 orang yang berlajar dan aku terpaksa mengajar kesemuanya dalam waktu dan hari yang berbeza,so macamana dengan aku pulak.Walaupun tak dapat datang takpa aku xda masaalah,aku xkira apa alasan.kita boleh buat pada lain masa.tapi ingat...cara menjawab bukan macam tu...cara tu tersangat2lah salah dan tak boleh diterima.Lagi satu...kau ingat boleh suka2 nak tentukan masa biar aku pulak ikut jadual kau.Kalau dekat sekolah,dalam satu kelas ada 30 orang murid,cikgu nak kena ikut masa murid masing2....matilah beb..

Bayangkan....
Aku mengambil berat kerana kita kawan...macam saudara....
Aku cuba mengajar bertanya mcmana keadaan perniagaan yang kau buat sedangkan apa yang kau buat langsung tidak konsisten..tidak mengikut guide line..tidak mengikut apa yang telah aku ajarkan.Aku ada marah kau ke?Paksa kau ku ke?
Rasanya tak brother...
Tapi cara kau menjawab tu fikir2kanlah.memang betul, untung atau rugi duit kau,kalau rugi pun kau sanggup tanggung.Aku xda kena mengena kan?
Tapi macamana pun kau still berlajar dengan aku jugak.Ilmu,ilmu aku..ilmu Allah dan akan aku ajarkan untuk menjadi ilmu bersama.Kalau kau dah complete,dah lengkap semuanya,dah tau apa nak buat,aku dah tak perlu nak cakap apa lagi.Nak buat macamana pun sukati kau sebab kau dah expert,dah pandai.Ni apa2 pun belum lagi bro....

So... akan datang macamana pulak nanti????
Kau rasa macamana pandangan aku selepas kejadian ni....

Aku xnak cakap banyak sebab kau tau aku macamana kan??
Jenis yang berterus terang.Aku taknak kau sakit hati dan tujuan aku bercakap untuk kebaikan.
Tapi...
Kalau kau rasa kau xboleh terima kata2 aku ni,macamana pulak kalau kau berhenti terus,tak perlulah lagi aku nak tunggu2 kau dan membazirkan masa kau,aku dgn member2 yang lain.
Kan senang cerita.......................................

No comments:

Post a Comment