Saturday, March 19, 2011

Kenapa tidak custom domain .com bro?

Salam..

Dah jarang2 kebelakangan ini untuk update blog.Agak sibuk sejak akhir2 ini dengan projek kopi nenas yang akan dilancarkan tidak lama lagi.Nak kena upload esok final design,layout dan "die-cut" untuk product tersebut.

Tapi lupakan lah dulu pasal hal tu.Ini pun baru balik dari majlis pertunangan kawan iaitu saudara Ramdhan dan pasangannya Julie. Majlis telah berlangsung dengan jayanya dan begitu meriah.Tahniah diucapkan kepada mereka.

Sebenarnya post untuk hari ini adalah berkenaan dengan domain yang penghujungnya menggunakan .com.
Ada diantara rakan-rakan yang bertanya kepada saya,
"bro asal tak guna custom domain .com je utk blog awk. Takkan tak mampu kot?"
Biasanya soalan2 tersebut saya akan jawab dengan jawapan yang ringkas.
"nantilah,malas betul nak buat.sikit hari nanti aku buat lah". (biasanya jawapan ini bertujuan supaya tiada soalan2 lain yang akan ditujukan lagi).

Baiklah...
bukannya saya tidak berminat untuk menggunakan domain khas sendiri (selain dari blogspot).
tetapi saya memang dah ada blog2 yang menggunakan domain khas dengan pengakhir .com tetapi tidak perlu untuk saya nyatakan disini.
saya juga ada menyimpan beberapa domain yang telah saya beli tetapi tidak menggunakannya.
contohnya fairuz.biz tetapi saya tidak begitu berminat untuk menggunakannya.

Persoalannya kenapa saya lebih selesa menggunakan blogspot.com, sebab bloagspot lah bermulanya saya berlajar menulis blog dan memulakan kerja-kerja perniagan di internet selain dari Forum2 yang ada di Malaysia sekarang ini.Saya hanya perlu menulis seperti diari saya dan dengan blogspot,sy tetap akan ingat dari mana asal usul segala yang telah saya perolehi sekarang ini.Itu sahaja.

Untuk lain2 domain yang telah saya miliki dan telah beroperasi,biarlah ianya tetap menjadi misteri.... hehe...

No comments:

Post a Comment