Pilihan yang sangat tepat dan menguntungkan.Pendapatan harian melebihi daripada jangkaan dan sentiasa bertambah dari hari ke hari melebihi dari pendapatan aku sebagai Jurutera sebelum ini.
"Kehidupan aku sebagai pemuzik berakhir disini...
Meneruskan perjuangan sebagai seorang Peniaga sepenuh masa"
Monday, June 14, 2010
Kehidupan aku sebagai pemuzik berakhir disini...
Pilihan yang sangat tepat dan menguntungkan.Pendapatan harian melebihi daripada jangkaan dan sentiasa bertambah dari hari ke hari melebihi dari pendapatan aku sebagai Jurutera sebelum ini.
Saturday, May 22, 2010
"Konfessi Seorang Lelaki" - Southern Souls





Aku selalu inginkan
Malam yang panjang bersama mu
Mengenagkan aku Kembali
Dosa2 masa yang lalu....
Aku selalu dambakan
Keheningan malam bersama mu
Mengingatkan aku di sini
Kau selalu ada di sisi ku....
C/O
Ku mohon....Terima pengakuan ini
yang tulus dari hati kecil ku
Yang mendambakan keredhaan mu
Hanyalah engkau yg ku rindu
Bertakhta di hati
(Bridge)
Oh kasih....kau tunjukkan jalan terbaik untuk ku
Yang harus ku tuju....
Oh kasih....kau tunjukkan jalan terbaik untuk ku
Yang harus ku tempuh....
(Aku ingin bersama mu)
Monday, November 16, 2009
Mari Download Lagu Southern Souls

Oklah hari ni aku ingat nak open link untuk sesiapa yang berminat untuk download lagu2 daripada band aku "Southern Souls".
Daripada biarkan lagu2 ni RIP,lebih baik bagi orang download.ada lah juga faedah kan.
So tema aktiviti hari ni adalah "Mari men-download lagu Southern souls sesuka hati sambil muntah2".
Anugerah.MP3
Adakah Harapan.MP3
Monday, August 31, 2009
Thursday, August 27, 2009
Cinta Jadi Gila By Southern Souls is on air RIA 89.7

permintaan lagu di talian +65 66911897
laman web RIA FM: http://www.ria.sg
http://www.ria.sg/index_traxx.htm
Thanks RIA FM
Thanks 4 supporting us!!...
**untuk Syahnan a.k.a Tawau,tahniah! sebab lu dah jadi bapak.lu diam2 je eh tak info gua.anak lelaki eh..
selamat berbahagia bro!!
http://www.myspace.com/southsoulz
Tuesday, July 21, 2009
Upload Lagu

untuk mendengar lagu tersebut sila ke website myspace southern souls :
http://www.myspace.com/southsoulz
dan jangan lupa untuk mengundi (vote) setiap hari di hot fm prelude:
http://www.hotfm.com.my/hotfm_prelude.asp
terima kasih...
Monday, July 20, 2009
Cinta Jadi Gila di Hot Fm Prelude...

akirnya lagu Southern Souls"cinta jadi gila" Telah di-list kan di dalam segmen Hot FM Prelude dan ke udara setiap malam dari pukul 11 hingga 12 malam.
Tapi yang masalahnya aku masih tak tau kalau lagu tersebut diterima oleh semua lapisan masyarakat atau tidak.entahlah aku pun tak tau sama ada ada orang yang akan vote atau tidak untuk lagu tersebut.
So nak di jadikan cerita,sesiapa yang berminat terhadap lagu tersebut bolehlah mengundi di segmen prelude Hot fm di alamat :
http://www.hotfm.com.my/hotfm_prelude.asp
peringatan!!!anda hendahlah memilih lagu Cinta jadi Gila - Southern Souls dan bukan lagu lain.hehe
jadi harap memilih dengan betul..
Dan satu lagi.Lagu tersebut juga akan mula di uploadkan di Myspace kami dan anda bolehlah mendengarnya sehingga anda muntah@ dan juga memberikan comment okey..
dan anda boleh mendengar lagu tersebut di :
http://www.myspace.com/southsoulz
Anda boleh melihat review2 terbaru kami di dalam facebook juga.Jangan lupa...
Sunday, July 19, 2009
Terperanjat Lipas....
Apa lagi,cepat2 aku online ingat nak vote untuk slot prelude tersebut.tapi nampaknya hari ni hampa... lagu tersebut belum lagi di-listed-kan dalam list prelude untuk hari ini.Jadi aku membuat keputusan untuk "return" lagi hari esok untuk memastikan bahawa lagu tersebut ada di dalam carta prelude Hot FM.
So kenalah tunggu untuk hari sok nampaknya.
Hari ini sangat mengecewakan tapi esok aku tetap akn meng uploadkannya di dalam Myspace.......
Saturday, July 11, 2009
Sabtu.11 July,Hot FM prelude.Vote for "Cinta Jadi Gila"
Hai....
okey,hari ni ada berita penting dari segala yang penting okey.
Hari ni sabtu 10 July 2009,pukul 11pm - 12pm mesti nak kena dengar Hot FM.
Kenapa????
okey itu persoalannya kan?...
sebab lagu Southern Souls "Cinta Jadi Gila" akan ke udara di Hot Fm Prelude di Hot FM Radio bersama DJ Ikhwan pada malam ini.
so sila lah ke website Hot FM :
http://www.hotfm.com.my/hotfm_prelude.asp
untuk vote lagu dari Southern Souls "Cinta Jadi Gila"
Mungkin saya juga akan mula meng-uploadkan lagu tersebut di website Myspace Southern Souls http://www.myspace.com/southsoulz
selepas sehari dua lagu tersebut keudara di Hot Fm Radio
So... diharap anda semua dapat menyokong band ini dengan mengundi lagu tersebut
" Cinta Jadi Gila "di Hot FM prelude pada malam ini di webside rasmi Hot FM : http://www.hotfm.com.my/hotfm_prelude.asp okey...
HOT FM
Official Website
Sunday, July 5, 2009
Cinta Jadi Gila
Isnin ni hantar material Southern Souls dengan tema "Cinta Jadi Gila" ke KL untuk di publish.tak taulah macamana boleh "boom" atau tak.kalau menjadi memang rezeki lah nampaknya.kalau x menjadi,duduk rumah rilex2 sambil memancing arr jawabnya.haha
So hari ni aku nak tunjuk sikit gambar yang dah aku ambil tadi so boleh lah tengok2 cover dia.walaupun biasa2 je,tapi single album ni sangat bermakna sebab kali ni merupakan kali kedua Southern Souls berjuang untuk single yang terbaru nih.
so..ini adalah front cover.....
dan ini pulak adalah hiasan dalamannya okey.
Ala simple2 jelah.nak publish single buat apa nak rabak2.janji material berkualiti,orang boleh dengar sudahlah.tapi rasa2nya memang boleh dengar punyalah.muzik agak catchy,dengan senikata yang mudah di ingat dan menarik,melodi yang boleh diterima semua lapisan umur dan mendatangkan sedikit kontroversi ringan.mungkin....
Kalau ikutkan hati aku,memang nak je publish lagu tu terus dekat Southern Souls myspace.tapi adalah orang kuat-orang kuat yang aku tak boleh nak langgar dan mesti dihormati.so tengoklah macamana,dalam masa terdekat nih aku akan follow up diorang tengok macamana,boleh ke aku meng-up-loadkan lagu "Cinta Jadi Gila" ni di alam cyber nih.gambar2 pun kena sekat juga.ntahlah.hehe
em.. apa lagi eh nak cerita....
oh yeah,group dkt facebook pun dah buat.so silalah jenguk2 ye dekat facebook tuh.kalu boleh,join lah group dan biasalah haruslah support kami dengan rela hati.
So last words,supportlah Southern Souls,supportlah local muzik kita okey.
chiaoooo.....
notes : last time kita opening untuk show "Bloodshed" pun kena cross dgn concert band2 dari indon.so next time faham2 jelah ye....T.Q