Showing posts with label Akula. Show all posts
Showing posts with label Akula. Show all posts

Saturday, September 24, 2011

PayPal,August 2011 ( Versi soalan sinis)

Salam saya ucapkan kepada rakan2 semua...
Rasanya masih ada lagi rakan2 yang dalam kedaan "mode"raya lagi pada waktu ini.

Bercerita tentang peristiwa minggu in saya ada mendapat satu soalan "cepu emas" dari beberapa rakan2 terdekat.Mereka agak mengambil berat tentang saya dan bertanya mengenai business eBay yang telah saya jalankan selama lebih kurang 3 tahun ini.

Ada dia antaranya yang begitu mengambil berat dan memberikan beberapa idea2 yang saya rasa begitu sesuai di ketengahkan untuk di cuba dan di praktikkan.Ada juga yang sekadar bertanya dan ada jugak sesetengah yang bertanya dengan nada sinis dengan nada yang begitu "kurang enak" untuk didengari.

"Bro,mcmana business ebay kau.senyap je lama xda cerita.dah linkup ke pe?"

Lebih kurang mcm tu lah bunyinya.
sangat2 mencuck gegendang telinga bila di dengar...

jadi,untuk mengelakkan fitnah dan syakwasangka,terpaksalah saya "update" blog ini dan meletakkan snapshot2 statement salah satu account paypal saya untuk bulan Ogos 2011 walaupun kedaan diri yang telah di landa "virus malas" dan selepas Rari Raya Aidilfitri tahun ini.
Minggu ini juga sy telah dilanda demam selsema,batuk dan sakit gigi yang agak kritikal dan terpaksa berulang-alik ke klinik.

Di harap bulan hadapan dan seterusnya merupakan hari sihat dan kuat bagi saya untuk bekerja lebih gigh lagi.




P/S : selagi eBay tak bankrup dan tak di tutup,selagi tulah aku masih berniaga.dah 3 tahun beb sara anak bini mcm ni,takkan nak tanya lagi.apa la lu bro pandang orang sebelah mata.lepas ni aku letak statement account e-commerce aku pulak lah...








Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Salam Aidilfitri...

bulan ramadhan bulan yang mulia,
di sambut dengan hati yang gembira,
kini syawal telah menjelma,
tangan ku hulurkan maaf dipinta…

Kepada keluarga,Sahabat handai dan kenalan2 yang mengenali diri saya,ampun dan maaf saya pinta sempena Syawal ini.Di harap dapat memaafkan segala kesilapan,kesalahan dari segi perbuatan atau kata2 yang sengaja atau tanpa disedari selama ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,diharap dapat memaafkan saya zahir dan batin.
Semoga anda semua berhari raya dengan gembira bersama keluarga dengan suasana dan hati yang gembira tahun ini.... :)


Sunday, August 28, 2011

Mode GPRS 30 kbps - 40 kbps

Salam Ramadhan & Aidilfitri...

Tahun ini aku pulang awal ke kampung dan dalam keadaan mode GPRS 30 kbps - 40 kbps adalah sangat sukar untuk membuat kerja dan berinteraksi secara online.Tapi bagaimanapun pun kerja adalah tetap kerja dan perlu diselesaikan.
Bekerja secara online tidak mempunyai cuti melainkan dengan ditentukan oleh diri sendiri dan segala2nya hendaklah membuat persediaan dan di "set" kan dari awal supaya perniagaan akan tetap berjalan lancar seperti hari2 biasa walaupun menjelang Hari Raya.

Di harap selepas Hari Raya Aidilfitri ini dapat mempertingkatkan lagi mutu kerja dan usaha kerana kami sekeluarga akan menyambut orang baru dalam bulan December nanti.
Di harap sgala2nya akan berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Insyaallah...

Friday, June 10, 2011

Paypal Statement,May 2011


So...ini lah statement salah satu account PayPal aku bulan ni.
Dan aku masih tak faham kenapa masih ada orang yang ketawa dan tersenyum menyindir selepas aku jawab soalan yang diorang sendiri tanya.

"Ye betul aku bekerje sepenuh masa berniaga di internet terutama sekali di eBay"

siap ada yg bilas2 aku sekolahkan aku suruh aku mintak kerja kerajaan.sebabnya :

1. senang nak buat loan
2. sebab ada pencen
3. Terjamin (aku masih x faham apa maksud sebenar ayat ni)

AKU BETUL-BETUL TAK FAHAMLAH APA MASAALAH DIORANG NI......ADUHAI......








Saturday, March 19, 2011

Kenapa tidak custom domain .com bro?

Salam..

Dah jarang2 kebelakangan ini untuk update blog.Agak sibuk sejak akhir2 ini dengan projek kopi nenas yang akan dilancarkan tidak lama lagi.Nak kena upload esok final design,layout dan "die-cut" untuk product tersebut.

Tapi lupakan lah dulu pasal hal tu.Ini pun baru balik dari majlis pertunangan kawan iaitu saudara Ramdhan dan pasangannya Julie. Majlis telah berlangsung dengan jayanya dan begitu meriah.Tahniah diucapkan kepada mereka.

Sebenarnya post untuk hari ini adalah berkenaan dengan domain yang penghujungnya menggunakan .com.
Ada diantara rakan-rakan yang bertanya kepada saya,
"bro asal tak guna custom domain .com je utk blog awk. Takkan tak mampu kot?"
Biasanya soalan2 tersebut saya akan jawab dengan jawapan yang ringkas.
"nantilah,malas betul nak buat.sikit hari nanti aku buat lah". (biasanya jawapan ini bertujuan supaya tiada soalan2 lain yang akan ditujukan lagi).

Saturday, January 29, 2011

Selamat Harijadi...Selamat Harijadi...


Hari ini genap umur aku mencapai 30 tahun..... :)

Selamat Harijadi...semoga panjang umur...
Ini lagu terkenal di dunia...
Dinyanyikan oleh berjuta manusia...
Sejak dahulu sampai sekarang...

Lagu memuji empunya diri...
Yang menggembirakan...
Tapi melalaikan...

Sebaiknya engkau ingat...
setahun umurmu bertambah...
Maka setahun hilang kehidupanmu...

Engkau nampak umurmu yang semakin panjang...
Tapi engkau selalu lupa...
Hidupmu yang semakin singkat..

Setahun demi setahun...
Hidupmu beransur hilang...
Namun teman-temanmu terus menyanyikan...
Semoga panjang umur...semoga panjang umur...

Ketika saatnya tiba...
Baru engkau sedar...

Nyanyian itu bukan saja untuk meraikan umurmu
yang terus bertambah...
Tapi juga meraikan kehidupanmu yang semakin
cepat...menuju kematian..

Wallohu a'lam.


** credited to JUNIED (rahsianampakjinblog)**

Monday, September 27, 2010

Al kisah...tersebutlah kisah...... (Part 1)

Emm....
Awal kata.yang buruk tu dari aku..yang baik tu semua daripada Nya......

Dalam ber eBay ni,mcm2 ragam pelanggan dari luar negara
yang kita boleh tengok,kita layan dan kita jadikan sebagai pengalaman.tapi dalam masa yang sama,kita juga boleh melihat ragam2 orang dari Malaysia ni juga terutamanya di facebook,blog dan sebagainya.Susah untuk di definisikan.Bermacam2,sehingakan ada dikalangan mereka yang bertindak secara membabi buta tanpa kawalan,tanpa had dan pedoman.

So... dijadikan cerita,kisah berlaku lebih kurang 2 hari yang lepas,aku telah menulis satu ayat yang memberikan impak yag besar dalam hidup aku hari ini.Walaupun bukan dengan kata2,tetapi penulisan juga dapat membuktikan yang ia lebih tajam daripad
a pisau sehinga ia boleh menebusi tulang sum-sum anda...hehe...
Anda boleh membaca secara keseluruhan p
ost2 saya di facebook dengan click di sini>>>

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Berpuasa



Salam...
Kepada semua rakan2 ebay,saudara mara dan sahabat handai yang beragama Islam,tidak terlewat rasanya jika saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa.Semoga di bulan Ramadhan yang mulia ini kita dapat memperbanyakkan Amalan dan Ibadah di dalam menjalankan kewajiban berpuasa.

Kepada rakan2 ebay pula,jangan asyik mengejar duniawi sahaja,banyakkanlah beribadah dan beramal.Di samping itu juga buatlah ebay serajin-rajinnya kerana Hari Raya Aidilfitri akan menjelang tidak lama lagi.

Pulun Habisssss.....haha...

Wassalam....

Wednesday, June 30, 2010

Baby Walker Untuk Haikal ( Part 2 )

Haikal yang sangat teruja dengan walker barunya..

Nak di jadikan cerita....malam kelmarin aku telah berjumpa dengan sorang otai jualan barangan2 baby dari sebuah blog TWINEVOSTORE iaitu brother "EDI" untuk membeli sebuah Aeroplane Baby Walker yang di jual di store beliau untuk anak lelaki aku Haikal yang sudah mula mengedik - gedik kan diriya untuk berjalan (padahal belum kuat pun.baru je belajar meniarap).Oleh kerana wife aku mcm terlalu excited dan mendesak2,aku pun ikutkanlah.Sayang keluarga lah katakan....apa nak buat.hehe...

Tuesday, June 29, 2010

Baby Walker Untuk Haikal ( Part 1 )

Sebenarnya aku nak tulis pasal baby walker yang aku baru belli semalam untuk anak aku si Haikal.tapi kusut pulak kepala.aduhai..banyak pulak benda nak buat hari ni.
Xpa kejap lagi sambung lah,aku nak g pekena nasi ayam penyek dulu baru sambung cerita.
sapa2 nak ikut,sms aku sekarang,aku belanja.
hehe...

Sunday, June 27, 2010

Bladefingers eBayer Group Johor Bahru

Salam semua..

Masuk bulan ini,sudah hampir 3 bulan personal group ebay aku telah beroperasi.
Di dalam project ini,aku telah mengambil seramai 10 orang yang betul2 berminat untuk menjalankan perniagaan internet secara serius dan memberi mereka latihan secara personal mengenai perniagaan internet.
Boleh dikatakan group ini adalah merupakan personal "elite' group yang cuba aku bentuk dan sekarang telah mula menunjukkan satu progress yang amat baik.

Monday, June 14, 2010

Kehidupan aku sebagai pemuzik berakhir disini...

"Kehidupan aku sebagai pemuzik berakhir disini...Meneruskan Perjuangan sebagai seorang Internet Marketer sepenuh masa"

Pilihan yang sangat tepat dan menguntungkan.Pendapatan harian melebihi daripada jangkaan dan sentiasa bertambah dari hari ke hari melebihi dari pendapatan aku sebagai Jurutera sebelum ini.

Wednesday, May 19, 2010

Makan Tidur Muzik + eBay


Emmm dah makan bulan aku tak tulis apa2 dalam blog nih.kesian blog aku nih sunyi je.... Kenapa boleh ada perkataan "eBay" kat belakang tu eh?? so jawapannya,

"ye aku memang seorang eBayer".

so aku mengakulah ye.asyik orang tanya2 je aku dah malas dah nak cakap.


"Ye aku ada beberapa store di eBay (multiple account).aku jugak ada website e-comerce sendiri yg dirahsiakan namanya.yg xda kena mengena dengan ebay jugak.ye aku ada bayar n pasang iklan kat facebook dgn google adwords untuk promote store2 aku.Ye income aku bulan2 dalan matawang US Dollar,Australia Dollar dan juga Pound Sterling".Apa lagi nak tanya,tanya lah.aku dah malas nak sembunyi2 lagi dah.so xpayah la korang nak korek2 rahsia lagi"

Ok.... kepada yg x abis2 nak sekolahkan aku ,mcm xda kerja lain nak buat...

"Dahlah....cukup.....xpayah nak sekolah2 kan aku,brainwash aku lagi suruh aku cari kerja.tu lah ...ini lah...x da masa depan lah.Cukup!!!!.Gaji aku buat eBay lagi besar dari gaji korang yg kerja Engineer n mana2 kerja "coler putih" yg lain.mintak maaf,aku bukan nak tegakkan apa2,tapi aku dah x sanggup dah lagi dengar korang ceramah n pandang rendah pada aku.Walaupun dulu aku berlajar engineering,tapi tak bermaksud aku mesti jadi seorang Engineer.Tu cara aku berfikir".


Mintak maaf semua..tujuan aku malas nak cerita,diamkan diri,layankan korang sebenarnya bukan aku sengaja.Korang pun tau kan,mula2 masa aku baru2 buat ebay tahun lepas ada lah nak cerita n kongsi dengan member2.
tau kan apa yg jadi,ramai orang ketawa bila aku cakap pasal "online business".Ramai yg gelakkan aku.Banyak yg kaitkan dengan MLM,online "scam investment".Padahal korang hari2 guna internet,bayar line internet hari2,guna facebook,google,ebay,yahoo dan lain2.tapi korang x perasan orang yg sedia kan semua tu dah jadi "billionaire" dah.Korang apa buat,cuma bayar bulan2 keluar duit je kan??.
Mungkin aku takkan jadi jutawan pun,tapi kalau aku dapat tumpang beberapa % perniagaan internet walaupun 0.1 percent untuk mencelah dalam dunia tu untuk berniaga pun dah cukup dah untuk sara anak bini aku.

So aku lupakan terus untuk bercerita,apa lagi mengajar orang.tapi so far,adalah beberapa anak murid yg sekarang ni yg sempat aku ajar dan semakin menyerlah dan kini hampir2 merempit bersama aku di dunia eBay.So..sekarang ni aku dah mula mempunyai "group"yg bejuang bersama,termasuklah seorang kawan lama yg dapat menerima ilmu ini dan sekarang ni masih lagi bekerja di salah satu "Bank" yang terkemuka di Johor nih.Thanks kerana percaya pada aku dan tak gelak bila aku cerita bab2 online business nih.(***gaji dia part time eBay 2-3 jam pun 1-2K jugak sebulan beb.ingat apa.kerja kat bank dia cool je mcm xtau apa2)

So... nantilah kalau ada masa aku akan upload dan tunjukkan skali pendapatan dan payment statement customer pada aku.kepada group eBay aku di luar sana yg hati kering tu,harap korang rajin2lah research n datang rumah berlajar lagi sampai ke tahap lebih baik dan dapat merempit bersaing dengan aku.Dengan korang aku xkan lokek ilmu..100% aku akan bagi semua sebab korang memang best dan percaya pada cerita "karut aku nih".

Thanks geng!!!


P/S : Lepas ni aku akan post mcmana nak guna backtrack dalam "WINDOWS" tanpa perlu boot.
ni pun ada member yg ajar. "toyolmanfx" nama nick dia kat internet.skill yg nimemang syok abis...hehe...



Friday, January 22, 2010

Internet Business Aku

Hi,
Dah lama dah aku tak menconteng arang dekat blog nih.aku tak abis2 sibuk dengan kerja aku,berlajar dan berlajar samapai aku puas.

Ok..dalam berlajar punya berlajar,aku rupa2nya dah terbelajar satu cara berniaga paling senang dalam intenet dan nampaknya aku dah berjaya mendapat USD200 lebih dalam masa 2 minggu walaupun aku seorang Newbie (orang baru).Dan sekarang,pendapatan tu dah mula berganda dan aku semakin mahir dan semakin mendapat idea untuk megembagkan lagi business ni dan nampaknya aku dah mula nak menjadi seorang yang creative.huhu..

Kebanyakan ketawa bila aku cakap aku buat online business dan tak kerja.orang tanya "niaga internet niaga apa??" aku dengan selamba katak,dengan muka tak malu jawab "jual sarung bantal".
pecah perut diorang ketawa gelakkan aku.tapi diorang tak tau aku dah untung beratus2 US Dollar dalam masa beberapa minggu sahaja.
Lagi satu diorang jugak tak tau aku ada import barang2 dari china dan jualkan semula secara online dan offline.sekarang aku cuba gabungkan teknik seorang blogger,seorang IM(internet marketer) dan seorang penjual barang biasa (offline).tujuannya aku nak cuba create satu watak baru seorang Internet Interpreuner secara online dan offline (seperti yang dikatakan oleh soran kawan baik aku ni seorang blogger,saudara Izzad (zairizad.com)."baik kau buat market secara online dan offline.kalau untung pun dapat dua2 sekali".memang kata2 yg betul "influence" buat aku.

so aku nak mengada2 la hari ni letak satu screen shot income yg aku dapat kelmarin (dalam masa tak sampai 2 minggu).hehe bestnya...
nak aku letak screen shot public bank dengan maybank aku sekali ke??
hahaha (ketawa tahapberlagak nak mapos siot!!!!!)


Monday, November 16, 2009

Mari Download Lagu Southern Souls

Em...

Oklah hari ni aku ingat nak open link untuk sesiapa yang berminat untuk download lagu2 daripada band aku "Southern Souls".
Daripada biarkan lagu2 ni RIP,lebih baik bagi orang download.ada lah juga faedah kan.
So tema aktiviti hari ni adalah "Mari men-download lagu Southern souls sesuka hati sambil muntah2".


Hari ni aku sediakan 3 link dan 3 lagu iaitu lagu Cinta Jadi Gila,Anugerah dan Adakah Harapan untuk di downlaod.So apa lagi,download jelah.haha...


Cinta Jadi Gila.MP3

Anugerah.MP3

Adakah Harapan.MP3



P/S : Kalau tak sedap jangan complain2 okke.kalau best dengarlah banyak2 kali sampai muntah2.huhu..... : )


Sunday, November 1, 2009

Kecewa Yang Sangat2 Super!!!


Emm.. betul2 sangat2 super kecewa...

Kedai yang aku mohon untuk disewa selama ni nampaknya tidak kesampaian.Kedegilan dan ke-kejian penyewa lama (dahlah tak bukak kedai,tapi masih bayar sewa dan xnak lepaskan pulak.BONGEK!!!) untuk menyerahkan kedai kepada aku nampaknya amat sukar dan kurang harapan.Segala plan yang aku buat selama ni nampaknya terpaksalah ditangguhkan sehingga aku betul2 mendapat lokasi dan kedai yang sesuai untuk menjalankan projek yang telah aku rancang selama ni.

AKU BETUL2 SANGAT SUPER MENYIRAP LIMAU LA!!!!!!!
XBOLEH ANGKAT SIOT!!!!!!!!

So......
hari ni aku telah pergi meng-interview-kan diri aku di salah satu syarikat yang agak terkenal jugaklah di Malaysia ni.Masa interview tu dia suruhlah pilih jawatan,so aku pilih jelah bhg Engineering.Apa yg berlaku petang tadi nampak gayanya mcm ada harapan yang tinggi dan mcm menjadi.Tapi untuk memberikan offer gaji yang aku mintak,pihak HR mcm seram2 sejuk jek (emmm...tapi manager dia mcm ok la pulak xda masalah ).
Tengoklah mcmana nanti.kalau next week diorang panggil,aku ingat aku go jelah kerja dulu.gaji pun lumayan,cuma aku masih still nak buat projek yang aku dah lama plan sebelum nih.

Apa2 pun harap2 aku dapat berjaya satu hari nanti dan menjadi kaya.hahah...

Amin....

Saturday, October 24, 2009

Its kinda weird but its true.......

No idea for my new post.no have time for story tellin.
But someone just give me this idea several hours ago.
so i have this wicked idea....
but pakai nama samaran sahaja...


Instant messages are being archived on this computer.

View Full Archive (Alt+Shift+V) Archiving Preferences (Ctrl+Shift+P)

Makcik: hi

Pakcik: hi juga

Makcik: sibuk ke?

Pakcik: tak juga

Pakcik: adalah sikit2 kerja

Makcik: owh.. ok.. sorry to disturb u then

Pakcik: em its ok.no prob

Makcik: i hope u dont blog about this too yea. hopefully

Pakcik: blog??

Makcik: yeap

Pakcik: anything wrong bout ma blog meh?

Pakcik: ada yg xkena?

Makcik: nothing. hopefully tak akan jadi topic utk blog u tu lagi. and i am sorry for not answering ur previous question..

Makcik: here's the answer: im doing good. tq

Pakcik: maybe...

Pakcik: but this conv is extremely interesting..

Pakcik: no need to say anythin.always knowin ur doin good all the time..

Makcik: then, u suggest that we shud end it?

Makcik: r u copying all of this?

Makcik: hahaha

Makcik: m kidding

Pakcik: nope

Pakcik: but never thought of that

Pakcik: interestin....

Pakcik: such an idea

Makcik: intentionally asking me u say my fav phrase.. still sarcastic you!

Makcik: u always have been u know that

Pakcik: if its in your mond,it will always be.

Pakcik: if not,it will never be.

Pakcik: im nobody to judge people.u always the person ive ever know.

Makcik: i didnt get u?

Makcik: anyways, hows ething with u? good?

Pakcik: cuma ayat2 pelik n mengarut je

Pakcik: forget it

Pakcik: stil the sarcastic me..

Makcik: anyways, u r not answering me.. how r u n ething?

Pakcik: em how to say..

Pakcik: happy..

Pakcik: ok?

Pakcik: u?

Makcik: same i guess.

Makcik: anyways, m sorry, i gotta grab my dinner before i catch my flight..

Makcik: so i guess we talk soon

Makcik is typing a message.

Makcik: take care.

Pakcik: flight??

Pakcik: em okey.

Pakcik: take care.



thats all...
Nothin special.just conversation that we never have before or what i can say that its more than 100 words....
the one n only person in the world claim that I'm the sarcastic person.(maybe dia tgk cerita mat salleh yg jumpa hantu girlfriend dia tu kot.ntahlah tajuk pun dah lupa.

we never had long conversation like this before.
makes me wonder why.its kinda weird.......huhu :)




Friday, October 9, 2009

owhh letihnya gua....

Aku kurang tidur nampaknya akhir2 ni.
banyak laptop rosak n PC yang nak kena siapkan.customer bnyk bising2 nak cepat.tapi bila dah siap,Haram!!!! tak muncul.
Bilik aku pun dah mcm serabut,bersepah (tak lah bersepah sgt.tapi kurang pengurusan jek)
Lagipun aku ada ada satu projek MEGA dengan kawan baik aku.Banyak benda nak kena buat,banyak duit nak kena keluar...
uhuk..uhuk...
semput...semput....
Sakit otak,perah2 idea samapi kering.
harap2 aku tak mati awal sudah.......................

Monday, September 28, 2009

Blog post Hari Raya yang sangat2 Lewat.hahaha

hi,
Apa dah jadi?????
Raya dah masuk berapa hari dah nih???
tapi masih sempat
hehe

Selamat Hari Raya kepada semua rakan,saudara ataupun sesiapa di luar sana.
Harap maafkan saya zahir dan batin.
Salah dan silap saya harap dapat di maafkan sekiranya ada yang sengaja ataupun tidak.
Maafkan saya.....

Ok busy sgt ke aku ni sampai tak sempat nak tulis blog..
tak penting ke blog aku ni?
Wajarkah aku biarkan blog ni terbengkalai?

Emm.. nampaknya aku dah menjadi orang yang terlalu busy dalam bulan ni sampai takda masa luangkan diri membuat statement2 terbaru.haha

Tapi Alhamdulillah....
syukur sgt2 kepada Allah,dalam bulan lepas hingga hari ni rezeki datang bertimpa2 yang membuatkan aku terasa betapa besarnya kekuasaan Allah dan betapa pemurah-Nya dia pada diri aku yang sangat2 kecil dan tak seberapa ni.
Segala project yang dirancang menjadi dan bertambah2 rezeki yang datang.(ntah mcmana boleh ramai orang yg aku tak kenal datang cari aku bagi project.sgt pelik la????)
Jika ada rakan2 yang perkenalkan aku betul2 sangat berterima kasih.
***tapi janganlah tiba2 datang claim pada aku mintak percent pulak...huhuhu****

Harap2 project aku yang terbaru untuk menghantar laptop ke Indonesia berjaya kali ni.Dan kepada sesiap yang nak beli laptop murah2 atau nak hantar repair laptop yang rosak,sila lah contact aku ye :) (teruknya siap promote pulak) Jangan takut.aku takkan caj mahal2 punya.setiap kerosakan tak kira apa shj,fix price takkan lebih dari RM450 jek okey.Kalau nak bukak Cybe Cafe atau nak beli PC baru atau terpakai dalam volume yang banyak pun anda akan di layan dengan harga paling murah da silalah meminta quotation anda di bladefingers1@yahoo.com

so itulah dia posting raya yang sangat lewat dan membuat kan diri aku betul2 malu..hehe
apa2 pun selamat hari raya....


P/s : pecah kaca pecah gelas,
sudah baca,baca jelah xyah nak buat apa2 pun.....

Thursday, September 3, 2009

Aku dan Nunchaku....

hari ni aku nak cerita sikit pasal salah satu daripada hobi aku....
Nunchaku...
ye nunchaku...apa itu nunchaku????
ia adalah sepasang kayu atau besi yang mempunyai rantai atau tali yang bersambung di antara kedu2nya...


Oklah mcm ni.pernah t engok cerit a bruce lee??
nunchaku ni adalah senjata yang sinonim dengan bruce lee....
yesssss betul,kayu bruce lee.pandai pun!!

so bila tgh tgk2 file lama dlm pc nih,ter perasan pulak video yang di ambil oleh adik aku boboy masa aku tengah bermain2 dengan benda alah ni masa awal tahun ni juga.
Lama juga aku mula bermain2 dengan nunchaku nih,sejak dari aku sekolah dulu,tapi aku tak pernah tunjuk pada rakan2,termasuk juga kepada rakan2 baik dan mereka tak pernah pun tau yg aku ni boleh mengendalikan nunchaku dan pernah menjadi tutor kepada peminat2 benda alah nih.

dah lama juga tak pegang benda alah ni so ada lah sikit2 terkucil.huhu

Iron nunchaku - Double


Iron nunchaku -single


So itulah video2 terkucil sebab dah lama tak training.apa2 ilmu pun kalau tak di amalkan akan semakin tumpul dan hilang kemajiran.
Kalau siapa2 yang memerlukan personal tutor untuk nunchaku arts ni,bolehlah contact aku okey..
Tapi bagi siapa2 yang lebih mahir tu,sila lah beri tunjuk ajar ya..


P/S : kalau agak2 bolah menang tak kalau aku lawan dengan sifu Bruce Lee???huhu