Showing posts with label Keji. Show all posts
Showing posts with label Keji. Show all posts

Saturday, September 24, 2011

PayPal,August 2011 ( Versi soalan sinis)

Salam saya ucapkan kepada rakan2 semua...
Rasanya masih ada lagi rakan2 yang dalam kedaan "mode"raya lagi pada waktu ini.

Bercerita tentang peristiwa minggu in saya ada mendapat satu soalan "cepu emas" dari beberapa rakan2 terdekat.Mereka agak mengambil berat tentang saya dan bertanya mengenai business eBay yang telah saya jalankan selama lebih kurang 3 tahun ini.

Ada dia antaranya yang begitu mengambil berat dan memberikan beberapa idea2 yang saya rasa begitu sesuai di ketengahkan untuk di cuba dan di praktikkan.Ada juga yang sekadar bertanya dan ada jugak sesetengah yang bertanya dengan nada sinis dengan nada yang begitu "kurang enak" untuk didengari.

"Bro,mcmana business ebay kau.senyap je lama xda cerita.dah linkup ke pe?"

Lebih kurang mcm tu lah bunyinya.
sangat2 mencuck gegendang telinga bila di dengar...

jadi,untuk mengelakkan fitnah dan syakwasangka,terpaksalah saya "update" blog ini dan meletakkan snapshot2 statement salah satu account paypal saya untuk bulan Ogos 2011 walaupun kedaan diri yang telah di landa "virus malas" dan selepas Rari Raya Aidilfitri tahun ini.
Minggu ini juga sy telah dilanda demam selsema,batuk dan sakit gigi yang agak kritikal dan terpaksa berulang-alik ke klinik.

Di harap bulan hadapan dan seterusnya merupakan hari sihat dan kuat bagi saya untuk bekerja lebih gigh lagi.




P/S : selagi eBay tak bankrup dan tak di tutup,selagi tulah aku masih berniaga.dah 3 tahun beb sara anak bini mcm ni,takkan nak tanya lagi.apa la lu bro pandang orang sebelah mata.lepas ni aku letak statement account e-commerce aku pulak lah...








Tuesday, June 8, 2010

Jawapan yang mengecewakan....

Memang bukan jawapan yang aku nak dengar.sangat2 mengecewakan....emm...

Aku bukan memaksa tapi ambil berat.Aku bertanya sebab rasa tanggungjawab sebagai pengajar,tapi kalau mcm tulah cara kau menjawab,aku rasa cara kau tu salah.memang salah.

Aku tak paksa pun selama ni,tapi aku mengajar sebab aku rasa nak berkongsi ilmu.Aku tak mintak pun bayaran apa2 walaupun satu sen pun.Kalau kau rasa kau sibuk,ada masaalah,aku tak faham kerja kau,masa kau,macamana pulak dengan aku??Masa aku,masa kawan2 lain??

Friday, January 22, 2010

GSKY Web Booster (Wifi WEP Crack)

hello geng.............
ok mcm ni.senang cerita.barang2 yg aku order akhirnya sampai jugak ke Malaysia nih.
tak banyak pun lebih kurang seratus unit lebih je tapi cukupalah untuk aku berniaga.
apa barang tu eh??
yessss soalan yang sangat2 baik.memang soalan yang cun sangat2..huhu.


GSKY Wifi Booster Model GS
-27USB-50 adalah satu alat external wireless yang boleh "detect" wireless signal dari jarak 500 meter sehingga lebih 1000meter (bergantung kepada antenna yang digunakan).kalau gun high dbi antenna,jarak dia akan lebih jauh lagi.
GSKY GS-27USB-50
Kelebihan Alat ni jugak,dia boleh hack/crack wireless point yang ada password.
macamana tu???
yesss lagi sekali.memang soalan yang sangat baik.
Boleh crack dengan cara menggunakan CD/perisian Backtrack 3 yang di "provide" skali dengan alat ni.tak kira apa password pun,kalau dah guna alat ni + bactrack CD,jangan harap la korang boleh terlepas dari di -hack/crack wireless korang.huhu....

so bagi sesiapa yang nak "device" nih,bolehlah contact aku lalu YM atau email: bladefingers1@yahoo.com dan berbincang dengan lebih lanjut lagi.




P/S: aku saje je letak gambar2 ni.saja je nak menunjukkan yang barang ni wujud.tu je...hoh..

Internet Business Aku

Hi,
Dah lama dah aku tak menconteng arang dekat blog nih.aku tak abis2 sibuk dengan kerja aku,berlajar dan berlajar samapai aku puas.

Ok..dalam berlajar punya berlajar,aku rupa2nya dah terbelajar satu cara berniaga paling senang dalam intenet dan nampaknya aku dah berjaya mendapat USD200 lebih dalam masa 2 minggu walaupun aku seorang Newbie (orang baru).Dan sekarang,pendapatan tu dah mula berganda dan aku semakin mahir dan semakin mendapat idea untuk megembagkan lagi business ni dan nampaknya aku dah mula nak menjadi seorang yang creative.huhu..

Kebanyakan ketawa bila aku cakap aku buat online business dan tak kerja.orang tanya "niaga internet niaga apa??" aku dengan selamba katak,dengan muka tak malu jawab "jual sarung bantal".
pecah perut diorang ketawa gelakkan aku.tapi diorang tak tau aku dah untung beratus2 US Dollar dalam masa beberapa minggu sahaja.
Lagi satu diorang jugak tak tau aku ada import barang2 dari china dan jualkan semula secara online dan offline.sekarang aku cuba gabungkan teknik seorang blogger,seorang IM(internet marketer) dan seorang penjual barang biasa (offline).tujuannya aku nak cuba create satu watak baru seorang Internet Interpreuner secara online dan offline (seperti yang dikatakan oleh soran kawan baik aku ni seorang blogger,saudara Izzad (zairizad.com)."baik kau buat market secara online dan offline.kalau untung pun dapat dua2 sekali".memang kata2 yg betul "influence" buat aku.

so aku nak mengada2 la hari ni letak satu screen shot income yg aku dapat kelmarin (dalam masa tak sampai 2 minggu).hehe bestnya...
nak aku letak screen shot public bank dengan maybank aku sekali ke??
hahaha (ketawa tahapberlagak nak mapos siot!!!!!)


Monday, November 16, 2009

Boikot Fotopages.com

Emm masa aku tgh surfing sambil meng-update-kan iklan aku dkt fotomedia.com.my, aku terjumpa la pulak satu "thread" untuk memboikot fotopages.com.siap dengan banner skali.emmm.....fikir2 kan jelah ye......


Kalau nak tengok iklan aku sila klik sini >>>>>>

Saturday, November 7, 2009

Video Kutuk Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Masa aku tgh belek2 youtube,jumpa la pulak satu video lelaki2 yang "setengah keras" tengak dok kutuk mengutuk Dat'o Sri Siti Norhaliza dgn tajuk "Interview Exklusif Datin Sri Rahayu & Datin Sri Siti Nurhaliza"
Buat masa ni rasanya belum ramai lagi yang tengok sebab rating viewers baru mencapai 30,944 orang.Tapi aku pun peduli apa sebenarnya.Yang penting video ni memang Macam Haram!!!




p/s: eee geli2 ketiak aku tengok video nih......

Tuesday, November 3, 2009

Kelisa Putih (mesti baca)

Cerita ni aku jumpa dkt carigold.com - by Lifeis@Mess
mcm Haram!!
Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan (PLUS highway) kelihatan sebuah Kelisa putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik Kelisa tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu tetapi tidak ada sebuah kereta pun berhenti. Tiba- tiba datang lah sebuah kereta Mitsubishi Evo 7 berhenti di sebelah Kelisa tadi.

"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya mamat Evo 7 berusia dalam lingkungan 20an.

"A'ha rosak "jawab pakcik tu simple je.....

"Ok, cam nie, saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea.

"canteek gak tu..." tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam"

"Woraaitt pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat depan Kelisa putih didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper Evo 7nye. dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit, maklumlah Evo 7 brother….apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah Porsche 911 datang dari belakang dan press minyak kat mamat Evo7, apa lagi bro….jiwa muda pantang dicabar,
dia pun tekan la minyak rapat nak kejar Porsche 911 nie...lupa la pulak dia dengan Kelisa putih org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak. Mamat evo7 tu dah tak sedar dah….angin punya pasal.
Tak sampai 2 kilometer di depan ada mamat Polis bertenggek buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm.... bedesup peginye.

"Ini dah lebih speed limit nie"kate mamat Polis nie.

"Mak ai !! ini dah cecah 250kmj" Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie....

"Over..over. ..over"kate mamat Polis tadi pada kawannya didepan.

"Ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah Porsche 911, Mitsubishi Evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak
percaye punye" kate mamat Polis.

"Kereta ape yang satu lagi Bro" kate member Polis yg ada di depan.



"Kelisa putih beb….tengah cucuk angin ngan Evo7 tu….siap bagi hon dan hi beam nak potong !!! pergh…

Friday, October 9, 2009

Malaysia,Korea vs Indon,North Korea

...
See what i found in my mail box.
It was send by my "bro" last week
Peace brother.....Peace......

Add Image

Tuesday, September 15, 2009

Owhhh bosannya......

owhhhh bosannya hari ni...

tu je aku nak tulis hari nih...xda mood lah..

x boleh???????????

Monday, August 31, 2009

30 Ogos yang membuatkan darah aku naik........merepek..

kenapa?????
memang satu soalan yang sesuai....
tau apa dah jadi hari nih???
bergaduh..
em..ye bergaduh tapi bukan dengan tangan tapi dengan mulut.

Alhamdulillah,hari ni aku telah berjaya "settled" satu job dengan begitu cemerlang dan menguntungkan lah juga.aku juga telah dapat meyakinkan customer aku untuk meneruskan lagi kerjasama dan mendapat lagi tender yang baru...Alhamdulillah...
Tapi yang membuatkan aku naik darah hari ni adalah merupakan mulut orang..ye mulut orang.
Manusia nih,bila dah tak suka(tak taulah kenapa) memang akan mula cari pasal,sakit hati dan sakit mata bila kita berada di depan mereka.setiap apa yang kita buat akan menjadi suatu perkara yang tak kena dan menyakitkan hati.kadang2 kata2 yang tak perlu,tak logic dan tak masuk akal akan dikeluarkan dengan tujuan menyakitkan hati tanpa bertanya atau usul periksa.
biasalah manusia....mata ni memang jahat.hati lagilah,memang kalau kotor pun tak nampak.

Lagi satu hal,bila kita mula cakap dengan cara perlahan...
makin menjadi.tujuannya bukan apa,kononnya buat2 tak tau jela..hehe

Bila dah mcm nih...mula lah kita cakap secara halus dan menyindir..........
Tau apa terjadi???

MELETUP!!!!!

Yes..meletup beb.tak tahan kata2 halus......kelakar.....
biasalah orang tak nak kalah.manusia mcm ni memang ramai dalam dunia nih.
jenis yang bercakap tak nak kalah.bila kita buat kerja depan mata..contohnya pasang kompter ke..repair komputer atau barang elektronik,dia pun cakaplah yg dia pandai,dia pengalaman bertahun2 bahagian PCB lah ntah apa lah yang mencarut2 pun aku tak tau.tapi tak juga buat demo ke,tips2 masuk akal ke.tapi statement yang keluar ntah apa2 ntah aku pun kesian jugak kadang2 tgk orang mcm nih.sedangkan di tau nih..yang aku ni Engineer.Engineer elektronik tau,bukan kerja cleaner kilang elektronik.huhu...
(kelakar tau bila kita dalam situasi nih..haha)

Tapi biasalah aku...mengalah dengan muka buat2 mcm orang bodoh je buat kerja .yang penting tangan bergerak,kerja jalan dan siap tanpa perlu membazir masa.

Ok berbalik kepada cerita tadi...
bila dah meletup..apa lagi..mula lah ajak aku berperang mulut.aku biasalah..cakap tegak je xda tapis2 bila dah mcm nih.
tapi mcm biasalah...kata2 orang tua,bila benang dah basah masih nak cuba ditegakkan..
hum...xbolehlah nak kata apa..dengar dan layan kepala jelah.hehe layan bertekak....
Biasalah..manusia kalau dah ada sifat membenci dan pilih kasih,kita cakap apa pun tak laku lah jawabnya.hehe

Kebiasannya dalm hidup ni,duit pun menjadi isu utama.
biasalah..manusia kalau tak ada duit siapa yang suka.tak ada.tapi manusia yang banyak duit,kita akan sanjung,agung2kan, dan sayang2 dan segala kesilapan yang dilakukan depan mata hari2 selama bertahun2 tak akan menjadi masalah kerana hati manusia memang mudah di beli dengan wang ringgit dan wang ringgit ini dapat menutup mulut dan mata bagi sesiapa yang lemah dan menganggap wang ringgit adalah segala2nya dari yang lain.Ada juga orang yang menolong orang lain menggunakan wang ringgit untuk menunjukkan yang dirinya mulia,bertanggungjawab dan terpuji sedangkan dirinya merpukan orang yang hidup berpura2 dan hidup dalam khayalan dan tiada tanggungjawab kepada orang yang lebih memerlukan.
Orang yang mempunyai duit banyak dianggap sebagai orang yang baik,paling bersopan,paling beradab.sedangkan cara hidup meraka sebenarnya seperti binatang dan kita tidak pernah tahu dan mengambil tahu.

Berbalik lagi kepada cerita tadi.....
yang buat aku kelakar tau tak pergaduhan ni pasal issue apa??
pasal isu customer.
Customer yang datang beli komputer AMD 6 set siap LCD dan sebijik laptop.
Customer yang aku baru kenal tu datang atas urusan berniaga dengan aku tu dia kata tak menghormati beliau dan aku dimarahi dengan kata2 tuduhan yang menyakitkan hati mengatakan kawan2 aku tak menghormati beliau....dan tak tau menghormati orang lain.

Dan terjadilah peperangan mulut yang tak sepatutnya berlaku dan tak akan berlaku jika manusia mempunyai akal fikiran dan bertanya sekiranya ada2 perkara yang tidak faham dan mengelirukan.

Aku pun tak faham kenapa masalah orang kita nak sibuk2.
Aku pun tak faham kenapa sikap dan sifat orang kita nak pertikaikan sedangkan kita tak pernah nak cuba perbaiki sikap kita sendiri.
Aku pun tak faham kenapa kita mesti ada sikat membenci orang yang tak mendatangkan masalah kepada kita.Kita ni cuma manusia biasa.bukan raja atau tuhan...
Aku pun tak faham kenapa dalam perniagaan yang dia tiada kena mengena tapi masih nak masuk campur dengan cara yang merepek dan kelakar nih.

Dan Aku pun tak faham kenapa dia sendiri tak menegur orang tarsebut,tetapi menjadikan aku yang tak tau apa2 ni sebagai kambiing hitam untuk memuaskan nafsu amarah beliau.

Sedihhhh......................................................................................................
Bila aku fikir2 balik..teringat aku pada kawan2 yang banyak berjasa dan menolong aku selama aku hidup susah dan senang...
Baru aku sedar selama nih aku memang menghabiskan hidup dengan kawan2 dan hidup aku hari ni semuanya berkat dari kawan2.kalau tak ada kawan2,entah mcmana aku sekarang.

Selama aku study dulu..kawan2 yang tolong masa susah.aku kerja sambil belajar untuk menampung kos pelajaran yang tinggi yang tak mampu ditanggung keluarga.malam kerja kedai makan jadi tukang masak,hujung minggu kerja kontrak bancuh simen sampai tangan terkopek2,repair komputer dkt cyber cafe dan macam2 lagi.Bila takda duit..kawan tolong.bila susah...kawan tolong.bila ada apa2 masalah..kawan tolong....

Ntahlah aku pun tak tau mcmana hidup aku akan datang.apa yang akan terjadi aku pun tak tau.
jalan terus...je.....


P/S : ni merupakan cerita mengarut aku hari nih.selamat menyambut hari kemerdekaan....huhu...Merdeka!!Merdeka!!!Merdeka!!!!

Tuesday, June 30, 2009

Sesangat la keji...

Owh.. tiba2 semangat wa kembali membara bila terbaca satu..em dua dan lebih blog post dari sorang ni lah yang mcm mengajak wa berperang blog post dgn dia...

nak kata member em.. member la jugak.gaduh pun tak.tapi dia memang suka ajak wa berperang.tak kira la dari guna YM,SMS dan sekarang menggunakan blog peribadi dia pulak.

em..memang sangat keji lah.....

tapi dia ni memang berani arr membuat statement2 maut melalui tajuk2 blog dan ayat2 yang mengajak wa ber kung-fu dengan dia.kalau depan mata dah lama wa sekeh2 dan tarik2 rambut dia nih.hehe

nak ajak wa main kasar kan??

siap lu makcik.....hehehe

p/s : kalau tau kelmarin wa stay KL lama sikit.silap la wa tak lunch dgn lu.kalau tak,tau lah mcmana wa nak grip leher lu....huhu