Wednesday, August 25, 2010

Perniagaan online."Kenapa saya sentiasa menghadai masaalah"


Salam...
Hari ini saya ingin menceritakan perkara2 yang sering berlaku di dalm dunia perniagaan internet. Saya sering dilontarkan dengan bermacam-macam soalan daripada peniaga2 baru yang menjalankan pernigaan secara online.Di antaranya ialah:

"kenapa saya berniaga online asyik tak menjadi2 ni ?"
"kenapa account ebay saya kena block ?" "kenapa paypal saya kena limit tanpa sebab?"
"kenapa vcc saya semuanya kena freeze tanpa sebab?"

"mcmana nak jual barang ni padahal ramai org yang jual.boleh jual ke?"

"kenapa.............?"
"macamana.............?"

"boleh ke..............?"


Seperti biasa,saya akan jawab soalan tu dengan soalan juga sebelum memberikan jawapannya.

"Adakah awak betul2 faham dan tau apa yang awak buat selama ni?"
"Berapa lama awak dah ceburi bidang online marketing?"


Dan selalunya jawapan yang di berikan memang saya dah jangka dari awal2 lagi.
1.Baru lagi

2.berlajar sikit2

3.berlajar secara express
4.berlajar sendiri tanpa guru

5.cuba2,manalah tau ada nasib

6.Aku tau sebenarnya tapi aku lupa

7.Ooo mcm tu ke,patutlah kalau tau aku tak buat

8.Ooo aku tau benda ni,pasal ni,pasal tu,tapi still berlaku juga

dan macam2 lagilah jawapan yang bercampur ego dan serba kekurangan.Tak bermaksud yang saya ni cukup pandai,saya pun masih lagi berlajar daripada orang2 yang berpengalaman dan masih lagi berlajar sampai hari ini kerana ilmu online marketing ini begitu luas dan tanpa sempadan.

Bukan sahaja berniaga di internet,malah berniaga secara fizikal juga kita memerlukan ilmu untuk menjayakan setiap apa yang ingin kita lakukan.bagaimana caranya?
Mestilah berlajar dengan lengkap ilmu tersbut,mulakan dari langkah awal dan menjadikan pengalaman sebagai pemberlajaran yang paling berharga untuk berjaya.Jangan jadikan sikap tidak sabar atau tamak sebagai perkara utama kerana hal ini akan menjadikan kita lupa dan khayal sehingalah masalah datang dan akhirnya setiap yang dilakukan tidak berjaya.

Di sini saya berikan sedikit asas yang saya saya biasa tekankan untuk diri saya sendiri:

Sabar
Meletakkan sifat sabar sebagai keutamaan kerana setiap perniagaan banyak dugaan yang tidak disangka2.

Membuat kajian (research)
Hendaklah embuat kajian terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu jualan.Pastikan anda memahami setiap perkara yang akan anda lakukan.

Buang sikap ego dan malu bertanya
Buang sikap ego dan malu bertanya kerana hal ini akan merugian diri anda sendiri.Bentuk satu kumpulan perbincangan untuk mengaturkan pelan jualan sekiranya anda memunyai masalah untuk bergerak secara sendirian.dari seberapa bayak kenalan yang menjalankan perniagaan internet dan berkawan dengan mereka,ini akan meningkatkan lagi semangat anda untuk berusaha.

Mulakan perniagaan anda secara berperingkat
Mulakan perniagaan dari asas (basic) yang kukuh dari segi pengetahuan,kewangan dan pelan pemasaran.
Melakukan penigkatan secar berperingkat berdasarkan pengetahuan,pengalamankebolehan dan kewangan yang ada,

Berniaga secara berEtika
Memulakan atau menjalan kan perniagaan secara beretika dan tidak melanggar undang2 dan setiap polisi yg ada.

Berlajar dari guru yang betul2 mengajar dan bukan memanipulasi
berlajar dari guru yang betul2 mengajar dan bukan memanipulasi.Di zaman sekarang ni kita hendaklah pandai memilih untuk berlajar.kebanyakannya bertujuan memanipulasi dan bukannya mengajar degan sebenar-benarnya

Jadikan kesilapan dan masaalah satu pengalaman yang mematangkan anda
Jika terdapat msaalah dan kesilapan,jangan mudah berputus asa.jadikannya sebagai cabaran didalam anda menimba pengalaman yang akan mematangkan diri anda

Hati mesti kering...hehe..
Ye..hati mesti kering.kalau hati tisu,hati "pink",jenis yang teragak2,belum berniaga dah takut rugi,saya nasihatkan lupakan sahaja dunia perniagaan internet.Pergi cari kerja makan gaji atau kerja Gomen (goverment/kerajaan) ok.....


Dan banyak lagi asas2 yang boleh anda fikirkan sendiri demi untuk kebaikan jangka masa panjang dalam berniaga.

Good Luck!!!!

No comments:

Post a Comment