Tuesday, June 22, 2010

Personal Coaching

Salam semua...

Minggu lepas saya telah mengadakan Session pertama eBay personal coaching bersama 2 beradik iaitu Arief dan adiknya Rozaidi.Minggu ini pula saya akan adakan follow up after sale dan mengajar beberapa teknik2 internet marketing untuk menigkatkan sale dan sebagainya.
Tahniah sy ucapkan kepada kedua2 berdik ini kerana berani mencuba dan meneroka perniagaan internet dengan secara lebih mendalam lagi.Sy harap anda berdua akan lebih berusaha dan seterusnya lebih berjaya daripada saya di masa akan datang dan saya akan memberikan follow up support jika berlaku sebarang masaalah di masa anda menjalankan perniagaan internet ini.

Di dalam minggu ini juga saya ada membuat personal coaching bersama2 dua orang rakan baik saya yang ingin menceburkan diri di dalam dunia perniagaan internet sebenar.
Segala persiapan telah di buat dan seterusnya kelas boleh di mulakan pada bila2 masa yang sesuai.Saya harap anda dapat memberikan tumpuan didalam pembelajaran yang akan di jalankan.
So... untuk semua IM di luar sana yang baru menceburi bidang perniagaan internet,saya harap anda semua berjaya di dalam dunia perniagaan internet dan seterusnya menjadi seorang IM contoh untuk orang2 baru di dunia perniagaaan internet.

Kepada rakan2 di Kedah Darul Aman yang telah menghubungi saya untuk mengadakan seminar dan sesi personal coaching eBay di sana (terutama sekali En Zamli dan rakan2),saya harap anda semua dapat bersabar dan membuat persediaan sebelum melangkah ke dunia perniagaan ini.
Insyaallah jika tiada apa2 masaalah,bulan hadapan (july 2010) saya akan ke sana dan bertemu dengan anda semua.Insyaalah......

No comments:

Post a Comment